Monday 31 October 2016

waterfall Gunung Santubong


assalamualaikum semua

Gunung Santubong memang terkenal di Sarawak.  Lagenda dan mitosnya memang menjadi bualan masyarakat sarawak. Entry sebelum ini saya pernah menceritakan pengalaman saya mendaki dan menawan puncak Gunung Santubong ini bersama izah dan kawan2 saya.  

untuk pengetahuan u'll gunung Santubong ini juga mempunyai air terjun yang sering dikunjungi orang ramai kerana jaraknya tidak jauh dari pintu masuk.  hanya dengan berjalan kaki lebih kurang 20 minit sahaja untuk sampai ke air terjun ini yang amat sejuk airnya..

 


 



 selepas mandi di sini kami mengambil keputusan untuk melakukan jungle trekking.  Maknanya kami melalui jalan jauh untuk balik.  mula2 kami melalui jambatan gantung yang disediakan di kawasan air terjun ini sebelum merentasi hutan yang telah ditanda.




ini merupakan pengalaman pertama saya membawa anak2 melakukan jungle trekking.  terdapat juga laluan yang agak mencabar hingga terpaksa menggunakan tali yang telah disedian untuk menuruni Gunung ini.
 

 

 
perjalanan balik mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.  Sebenarnya saya silap membuat perancangan.  Sepatutnya perjalan pergi lalu jalan yang jauh dan balik lalu jalan dekat.  so tak adalah rasa meletihkan.  Tapi tak apa.  pengalaman baru untuk anak2.


sebelum bergerak pulang kami berselfie dulu...  Muka keletihan lah ye... tapi nampaklah anak2 saya seronok dengan aktiviti ini... insha allah next time kita hiking gunung lain pulak ye...

Sekian, wassalam..

Friday 28 October 2016

Sambutan Hari Alam Sekitar 2016

asssalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry ini adalah lanjutan daripada kemenangan anak saya dalam pertandingan mencipta bahan baru daripada bahan buangan.  Pemenang pertandingan diminta untuk mempamerkan hasil produk mereka sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang bertempat di Waterfront, Kuching.

Dirasmikan oleh KM Sarawak.  jom terjah gambar yang sempat saya snap sepanjang sambutan ini berlangsung.

ini gambar di tapak pameran produk.  saya turut terlibat mewakili  kawan saya yang tak dapat hadir kerana ada urusan lain.


 


ini pula antara persembahan sepanjang majlis ini berlangsung


 




ini pula gambar semasa lawatan ke booth pameran.

 

anak2 saya bila dapat puzzle terus leka menyiapkan sampai selesai..  tak pasal2 saya kena tunggu mereka...


tapi sebab menunggu wani dan azim menyiapkan puzzle lah saya dan izah berjaya dapat hadiah tiket menonton wayang ni... hiihi...


dah siap main puzzle mereka join pulak aktiviti di pentas ni.. dan dapat lagi hamper ini...  seronok sungguh diorang.

 

sebelum balik, snap gambar dulu kat sini bersama hadiah yang diperolehi...


sekian, wassalam




Thursday 27 October 2016

Pertandingan mencipta bahan baru daripada bahan terbuang

assalamualaikum semua

baru2 ini saya telah memberi ruang kepada anak2 sy untuk menyertai pertandingan menghasilkan bahan baru daripada bahan buangan peringkat kebangsaan yang bertempat di IPG Batu Lintang, Sarawak.  Wani dan Azim masuk untuk kategori sekolah rendah manakala Izah untuk kategori sekolah menengah. masing2 diiringi oleh seorang guru pengiring mewakili sekolah masing2.

disebabkan saya yang cadangkan anak2 ni masuk dan budak2 ni pun eksited, so projek menyiapkan produk pun dilaksanakan pada hujung minggu di rumah.


 



 







 


inilah hasilnya.  eco softboard dengan menggunakan kotak telur terpakai.  ini gambar setelah dibalut dengan kertas putih dan dihias sikit.



Ini pulak hasil kumpulan Izah. Untuk produk kumpulan Izah bagi kategori sekolah menengah pula, sy x dapat nak tengok proses membuatnya sebab Izah buat kat sekolah bersama ahli kumpulannya. 

sebelum hari pertandingan, saya ajar mereka macam mana nak present depan panel penilai dan macam mana nak jawab soalan sekiranya ditanya.  saya suruh diorang praktis depan saya.

sebenarnya tujuan saya adalah untuk melatih softskill anak2 dan memberikan pendedahan kepada mereka.  iyalah kalau di sekolah mereka lebih tertumpu kepada akdemik sahaja.  sesekali kita lepaskan pula mereka keluar dan kita tengok kemampuan mereka pula.  Saya tengok Izah dan Wani mempunyai tahap confident level yang tinggi untuk skill komunikasi.  Tapi Azim masih takut2 lagi.  kalau orang tanya dia akan menyorok belakang kakaknya.  Tapi tak apa, mungkin dia masih belum bersedia lagi.

masa hari pertandingan anak2 saya pergi dengan cikgu masing2.  saya sengaja datang lewat sebab tak mahu anak2 jadi nevous bila tengok mamanya ada kat situ.  Saya tengok dari jauh aje mereka menjawab pertanyaan pengunjung yang hadir.  masa panel penilai datang saya masih belum sampai lagi.


ini group Izah bersama cikgunya.  memang betul2 konsep remaja idea mereka.  saya pun suka..

 

saya curi2 snap gambar Wani dan Azim dari jauh aje. nampak Wani menjawab dengan yakin.

ini gambar yang kawan saya snap ketika dia sedang membentangkan hasil inovasinya.  Azim tukang pegang aje.  Yang baru biru tu lah panelnya.

yang ini pula group Izah yang disnap oleh kawan saya juga..



Gambar di bawah ni adalah antara produk inovasi group lain yang sempat saya snap gambarnya. tak banyak pun..


 



bila keputusan diumumkan, nama sekolah Wani dan Azim mendapat naib johan bagi kategori sekolah rendah.. hihihi. Satu anugerah yang tidak dapat dinilai. 






walaupun group Izah tak berjaya tapi saya berbangga sebab mereka berani mempersembahkan dan berkomunikasi dengan baik.  persaingan memang tinggi. walaupun Sempat juga merakamkan kemenangan bersama pemenang yang lain.  saya pun menyelit juga.. hahaha.


rentetan kemenangan ini ada lagi program yang perlu mereka ikuti selepas ini.  nanti saya sambung ye...

sekian, wassalam.