Wednesday, 19 April 2017

Chocolate Run 2017

assalamualaikum semua

sebelum ini saya ada masukkan entry hiking ke Assum waterfall pada sebelah pagi.  tengahari pula saya bergegas pulang untuk berehat  sebab sebelah petang saya terlibat dengan chocolate Run pula.. sebenarnya badan dah rasa letih tapi disebabkan dah register, terpaksalah datang juga...

masa ni cuaca nampak mendung aje.. langit gelap tanda2 hujan nak turun.  Acara dimulakan dengan Zumba.  sebab letih saya tak join pun..



sebelum belari, kita bergambo dulu.  wajib tu.  Izah tak mahu join larian ini.  dia kata letih hiking tak hilang lagi. so saya ok aje lah. biarkan dia berehat aje kat situ.



minuman vico ada disediakan.  Azim memang suka air berasaskan coklat.  berkali2 dia datang ambil air ni..
 

ambulan dari JPAM turut ada kat sini sebagai langkah keselamatan.  kot2 ada yang cedera, pengsan dll. sekurang2nya adalah kepakaran kalau berlaku perkara2 yg tak diingini.




seronoknya larian ini adalah apa yang disediakan di water station.  bukan disediakan air tetapi makanan lain yang berasaskan coklat.  untuk larian 6 km di water station 1 ada cereal milo, water station 2 ada biskut yang disalut coklat (gambar dibawah) dan yang ke 3 ada ais krim coklat...  saya berlari dengan azim.  bukan main seronok dia dapat semua makanan ini sepanjang larian.

 

tamat larian 6 km saya menerima medal, dan goodies bowl  yang ada buah pisang, coklat dll..  yang kat gambar di bawah ni sebahagian sahaja sebab yang lain dah kena serbu dgn anak2.




sebelum balik, sempat lah sana snap gambar pemandangan dri atas bukit DBKU ini.  cantik pemandangannya.  masa ni dah nak masuk waktu maghrib.





sekian, wassalam.

like