Thursday, 12 November 2015

simen fero (kayu) part 3

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

kita sambung lagi ye..
ini entry ke 3 untuk projek simen fero  ini.

mula2 kita bersihkan dulu. buangkan kertas2 surat khabar dan berus dengan menggunakan berus dawai.  kemudian alaskan semula dengan menggunakan surat khabar baru.


 

 


meja bulat dan bangku panjang pun kita bersihkan juga.   kikis kesan2 kasar pada permukaan atas dan bawah dengan menggunakan sudip. boleh rasa dengan tangan aje.









 selepas itu angkat meja tadi dan buangkan polisterin yang ada pada bahagian bawahnya.  buangkan kertas surat khabar juga. dengan perlahan2 angkat dan letakkan pada bahagian kaki meja yang telah siap.  masa ini memerlukan kudrat yang lebih.  kalau sorang angkat memang tak terdaya la...








sempat saya berposing kat meja ini sebelum proses seterusnya...  awal pagi, muka masih ceria lagi...


untuk lapisan cat yang pertama kita gunakan nisbah bancuhan 1:3 untuk cat. 1 hitam dan 3 coklat.  kacau bancuhan cat hingga sebati.





bolehlah memulakan proses mengecat pada permukaan kulitnya hingga garisan kulit. yang bahagian tengah2 tu nanti dulu ye...

 

setelah siap mengecat keseluruhan bahagian kulit tadi, kita fokus pula pada bahagian permukaan atas bangku dan meja pula.


 

 

sebenarnya pemilihan warna untuk permukaan meja dan bangku adalah mengikut kreativiti masing2. konsep mengecat permukaan ini adalah warna cerah di bahagian luar dan semakin gelap pada bahagian tengah.  ok. kita tengoh step by step berpandukan gambar yang dapat sy snap.




gunakan warna kuning pada bahagian luar permukaan. ikut bentuk bulat meja dan cat arah membulat sepanjang meja tersebut. gunakan berus 4" ye. kemudian diikuti dengan warna merah, coklat dan yang tengah sekali campuran warna hitam coklat yang kita gunakan untuk cat pada permukaan kulit kayu tadi.. ratakan perlahan dengan menggunakan berus.  setiap kali tukar warna mestilah guna berus yang lain.  proses mengecat ini perlu dibuat terus menerus untuk mengelakkan cat menjadi kering dan susah dibentukkan.







untuk mengecat bangku panjang pula. boleh rujuk gambar di bawah.

 

 

 

 

 

 

kita boleh menggunakan cat hitam untuk membentuk corak pada garisan kulit juga. tapi group kami tak buat sebab nampak macam x cantik... (hehehe..)  kalau kita nampak ada bahagian cat yang ada kecacatan pada pandangan mata, pandai2 lah touch up ye...

 

untuk menampakkan kesan kulit kayu lebih menyerlah, gunakan warna coklat, gunakan kertas surat khabar untuk mengurangkan kadar resapan cat pada berus dan sapukan pada permukaan kulit secara ringan. sapukan melintang urat kulit tadi.  (cara kita pakai blusher pada pipi ye..)





 

 
 kita nampak perbezaan sebelum dan selepas. kulit kayu lebih nampak asli.

kemudian gunakan nisbah 1:3@ 2.5 untuk warna coklat dan kuning.  buat teknik yag sama pada permukaan kulit tadi.







 

kita boleh gunakan jenis spray atau cecair sebagai kemasan terakhir. gambar kat atas inilah kemasan terakhir kita yang berfungsi sebagai pelindung cat.  biasanya cat akan bertahan antara 1 tahun hingga 1 1/2 tahun.


 

 

selepas disapu lekar.  nampak permukaan lebih cantik dan berkilat.




 




inilah hasil projek simen fero jenis kayu selama 3 hari... bila dah nampak hasil hilang segala penat lelah.  rasa seronok sangat...

sekian, wassalam..

related article
simenfero kayu part 1
simen fero kayu part 2

2 comments:

Unknown said...

salam sejahtera..boleh saya tahu senarai bahan binaan untuk buat meja ni?
bantuan tuan amat saya hargai...perkongsian ilmu yang baik..

Miss N said...

untuk bahan boleh klik pada entry yang pertama