Thursday, 22 February 2018

Bercuti ke Seoul, Korea Selatan day 1 dan 2

assalamualaikum semua

aktiviti pada tahun 2018 saya mulakan dengan melancong ke Seoul Korea Selatan.  Percutian ini memang telah dirancang dari tahun lepas lagi.  Saya menaiki pesawat Air Asia yang dibeli setahun lebih awal (beli masa promo).

percutian kami adalah selama 7 hari 6 malam.  kami menginap di Pop@Itaewon guesthouse yang ditempah secara online menlalui booking.com.

persediaan dibuat sebaik sahaja saya membeli tiket.  antara persediaan yang dibuat adalah pakaian musim sejuk yang melibatkan kos yang agak besar.  walaupun saya beli kat bundle aje tapi memandangkan untuk persediaan 4 orang memang jadi 4 kali ganda lah.  nasib baik ada tempoh setahun sebelum tarikh berangkat.  saya beli sedikit2, tak terasa sangatlah beban membeli tu.

paling eksited  memang anak2 lah sebab mereka ni penggemar  artik k-pop.  jangan ditanya kumpulan dan nama artis pd sy sebab saya memang tak tahu langsung.  cerita yg saya tahu winter sonata aje.  itu pun sebab ramai orang sebut.  jalan cerita memang sy tak tahu.

entry Seoul korea selatan ni akan dibuat bersambung2 supaya u'll tak pening membaca entry yang panjang dan banyak gambar..


Day 1 (KLIA 2- Incheon - Itaewon)

anak2 sy tak mahu tidur malam sebelum berlepas sebab takut terlajak tidur.  punyalah terlebih eksited.  mama diorang pun sama juga sebenarnya.. hihihi.   maklumlah kali ni pergi nak merasa cuaca yang 100% berbeza.  percutian musim sejuk.  memang teruja sgt lah...

lebih kurang jam 3 pagi kami dah bergerak dari rumah sebab nak sampai 3 jam sebelum berlepas.

kami berlepas dari KLIA 2 ke Incheon pada jam 7.25 pagi.  alhamdulillah, penerbangan mengikut jadual yang ditetapkan. 

sebenarnya kat imigresen ni tak boleh ambil gambar tapi sebab terlebih eksited, saya tak perasan dan tersnap sekali...  lepas tu kena tegur dgn pegawai yang bertugas... cepat2 sy minta maaf..



jangan ditanya kenapa tak banyak gambar yang diambil pada hari pertama ni.. maklumlah dah nama pun backpaker dan pertama kali jejak kat sini.  memang blur lah jadinya.  


sebelah kiri berkaca tu lah laluan masuk ke dalam metro.  bila metro tu dah sampai pintu tu akan terbuka secara automatik.


memang mencabar sungguh pada waktu ini.  kami tersesat2 dalam stesen metro ni.  nak fahamkan line berapa, warnanya dan macam2 lagi.  haru biru jugak lah saya anak beranak.  akhirnya berjaya juga sampai ke Itaewon.  keluar dari stesen tu suasana dah gelap.  padahan baru jam 6 ptg. ingatkan dan boleh menarik nafas lega.  rupa2nya ada lagi.  berkali2 kami bertanya arah, dan terserempak juga dengan org melayu kat situ.  dia cuba sedaya upaya nak tolong kami.  tapi guesthouse yang dicari tak jumpa2 juga.   pasrah ajelah bila melancong secara backpacker ni.. last sekali kami masuk pondok polis untuk minta bantuan.  polis korea ni memang friendly.  mereka bantu kami dengan membawa kami terus ke pintu masuk guesthouse. bila  sampai kat pintu masuk guesthouse tu sy tepuk dahi. memang kalau kami cari sendiri tak akan jumpalah guesthouse ni sebab hanya tulisan korea aje yg terpapar di pintu masuknya... 😏. grrr.  sampai ke guesthouse tu terus bersihkan diri, makan roti dan lena keletihan....



bersambung.....















2 comments:

arba travel korea said...

Terima kasih sebab share experience. Keep sharing!👍🏻

najwaakutravel said...

Jom ke Jeju Island/Perth/Seoul dngn harga promosi RM1970/pax! ✈ Hari ni last day promotion dngn harga ni tau. Jom cepat² booking 📲 018-9581995