Thursday, 24 October 2019

Aiskrim Magnum viral Malaysia

Assalamualaikum dan Hai semua..

disebabkan dah viral, maka saya pun terjebak juga lah dengan aiskrim ni. masa mula-mula saya buat tu anak-anak buat tak reti aje tengok mama dia sorang-sorang kat dapur.  tapi bila dah beku, dan bagi diaorg rasa berebut masing-masing nak makan.  sekejap aje habis.  lepas tu merengek suruh mamanya belikan susu kotak lagi sebab diaorang pula nak buat siap minta resepi lagi.  ok saya kongsikan resepinya.  

bahan-bahan


1 kotak susu full cream*
1/2 cawan susu pekat manis*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu besar ovalete*

plastik ais krim 
1 cawan coklat milk compound coins (kalau nak guna yang dark compound pun boleh, ikut tekak sendiri)

cara-cara

  • saya guna blender aje.  campur semua bahan-bahan yang bertanda*di atas dan blend sampai berbuih.  masukkan ke dalam jug.
  • dalam bekas lain, cairkan coklat menggunakan teknik double boiler.



4 bahan utama

coklat yang saya guna.  nak pakai brand lain pun boleh

cairkan coklat

inilah rupa 4 bahan yang dah siap blend

  • masukkan coklat cair dalam piping bag.  pastikan coklat dah sejuk ye.  tapi kalau u'll ada ilmu kebal tahan panas, on aje lah panas2. 


masukkan coklat dalam piping bag


rupa coklat yang telah diratakan dalam plastik aiskrim
  • lipatkan sedikit bahagian atas plastik aiskrim dan paipkan coklat ke dalamnya.  yang ini kenalah pandai agak2.  buka lipatan dan lepas tu tuangkan adunan susu tadi.  ikat bahagian atas plastik tu. 
  • bekukan dalam peti sejuk selama 6 jam atau lebih sebelum boleh dinikmati.  


aiskrim yang telah siap
 

nyummyyyy...  coklat diluar, aiskrim yang lembut didalamnya 

selain itu juga, resepi ayng sama ini juga boleh digunakan untuk buat aiskrim versi lain pula macam dibawah ni.
versi belang-belang
sekian perkongsian resepi saya.  Selamat mencuba.  Wassalam





Resepi Chicken pop corn

Assalamualaikum dan hai semua...

Bila kerajinan memasak datang, maka akan terhasillah macam-macam menu.  Chicken popcorn ni sebenarnya ada dijual kat KFC.  tapi isinya seciput aje.  tak puas anak2 nak makan.  maka terjadilah inovasi  chicken popcorn versi buat sendiri.

ini memang main try & error aje.  alhamdullilah menjadi.  jom saya kongsikan resepinya

bahan-bahan

daging ayam bahagian dada (potong sebesr ibu jari tangan.  nak ikut saiz ibu jari kaki pun boleh 😀)
sebiji telur dipukul
tepung serbaguna (saya guna tepung bestari pedas)
bread crump oren
minyak untuk menggoreng


cara-cara


  • Panaskan minyak,  sementara itu isi ayam yang dah dipotong dicelup ke tepung serbaguna.  kemudian celupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan terus golek2 ke dalam bread crump.
  • setelah minyak dah cukup panas,  bolehlah goreng chichen popcorn td.  pastikan api tidak terlalu besar untuk mengelakkan bahagian isi dalam chicken popcorn tak masak tp bahagian luarnya gelap.  pandai-pandai lah adjust. 
  • nampak dah masak boleh lah angkat.  


daging ayam yang dipotong kecil sebesar ibu jari tangan

tepung serbaguna



bread crump warna oren
saya simpan dalam bekas macam ni aje

tada... nyum nyum
Chicken popcorn ni sedap dimakan panas-panas dan dicicah dengan sos cili sambil menonton TV.  memang tak sedar lah berketul-ketul masuk mulut tu.  lepas tu jangan menangis tepi bucu meja pula bila timbang berat badan naik 2 kg.  😂😂😂


sekian perkongsian resepi saya kali ini.  wassalam



Tissue box cover

assalamualaikum semua

dah lama juga saya tak kongsikan hasil crochet saya.  sebenarnya ada aje projek crochet saya tapi tak sempat nak update blog dalam sendiri.  dalam instagram pun ada juga.  boleh cari ig nbs_collection. dalam tu banyak saya post hasil2 crochet saya sama ada untuk tempahan ataupun untuk kegunaan sendiri

TBC kali ini saya gunakan 3 warna benang untuk menghasilkan warna ais krim padle pop.  stitch yang digunakan adalah BLDC dari row 2 hingga lah selesai dan dimatikan dengan SC pada row terakhir



sekian, wassalam


Wednesday, 16 October 2019

crochet key chain bentuk love

Assalamualaikum dan hai semua

sambil-sambil tengok tv tu tangan saya pun menari-narilah siapakan si comel ni..  key chain ini saya pakai benang milk cotton 4 ply.  so hasilnya jadi besar dan gebu lah.  tangkainya saya buat 20 ch sebab saya nak nampak panjang sikit.


 




Inilah yang diagram yang saya gunakan untuk siapkan key chain comel ini.  senang aje untuk mereka yang dah pandai baca diagram.



sekian, wassalam

Resepi Grill Salmon bersama sos Butter

assalamualaikum dan hai semua..

Sesekali kita tukar selera pula.  kebetulan dapat beli ikan salmon yang agak murah di pasaraya.  makanya terhasillah resepi ini.  Resepi ni menggunakan bahan yang ada didapur aje.



Resepi Grill Salmon bersama sos Butter

Bahan-bahan

2 keping ikan salmon (lumurkan dengan sedikit garam serta serbuk lada hitam dan perapkan 1/2 jam)
brokoli (potong kecil) *
sebatang  carrot (sepatutnya potong wedges, tapi anak saya potong bulat pulak. hentamlah)*

* dipotong dan dikukus/ rebus sekejap aje

bahan untuk sos butter

70 gm butter
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 cwn susu cair
1 cawan air
daun parsely (optional)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar jus lemon (saya guna jus limau nipis sahaja sebab lemon x ada stok)
garam secukup rasa

cara-caranya

sementara menunggu ikan salmon yang diperap td, kita sediakan sos butter.
  1. panaskan butter bersama 2 minyak zaitun dalam periuk.  bila butter dah cair, masukkan tepung gandum.  kacau hingga tepung dan butter berbuih2.  sekejap aje.
  2. kemudian masukkan susu cair dan air.  masak hingga mendidih.  bila sos ini mulai memekat masukkan lada hitam, daun parsely dan sedikit garam.  
  3. padamkan api dan masukkan jus lemon/ limau nipis.  siap sos butter

untuk ikan pula, panaskan non stick pan dengan sedikit minyak zaitun.  grill ikan salmon yang diperap tadi dikedua-dua belah hingga masak.

letakkan ikan yang dah masak tadi atas pinggan bersama brokoli dan carrot yang dikukus/ direbus.  Hidangkan bersama sos butter.  Sedap sangat dimakan bersama  nasi putih atau kentang putar.  (ikut tekak masing2).  Tp saya suka lagi makan bersama kentang putar.  barulah selera western namanya.

Sekian perkongsian resepi saya.  Wassalam

untuk melihat video cara menyediakannya bolehla klik link ini Resepi Salmon bersama sos butter