Monday, 23 January 2017

CSR dan Makan angin ke Ho Chi Minh Vietnam 2016

assalamualaikum semua.

kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan khidmat travel agent untuk jalan2 makan angin saya. Untuk pengetahuan semua kami menggunakan khidmat travellova.com

berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, jika kita menggunakan perkhidmatan travel agent, perjalanan kita akan diaturkan dengan baik mengikut jadual yang telah diberikan. memang mudah cuma perlu berbelanja lebih berbanding backpacker.

sebenarnya saya tidak pernah merancang untuk melancong ke Vietnam dalam jangka masa terdekat ni kerana kejatuhan nilai ringgit.  Tapi disebabkan adanya unsur2 CSR menyebabkan saya tertarik untuk turut serta.

Secara jujurnya saya mengakui bahawa sedikit terkilan apabila diberitahu pada saat2 akhir yang kadar bayaran telah dinaikkan akibat kejatuhan nilai mata wang kita.  masa tu bayaran penuh telah dibuat.  nak tarik diri pun tak boleh. Terpaksa jugalah byr kadar tambahan tu.  Nasib baik saya hanya pergi berdua sahaja dengan emak.    kalau tak memang aktiviti shopping di HCM terpaksa dibatalkan... Emak saya sampai skrg tak tahu yang harga telah berubah sebab saya yang byrkan. Tapi saya cuba berfikiran positif sebab perjalanan kali ini adalah serampang dua mata... mungkin ada hikmah disebaliknya.

ini merupakan itinerary program yang dicadangkan (4H3M)

hari pertama
6.30 am - berkumpul di KLIA
7.00 am - check in
7.30 am - briefing
8.10 am - berlepas ke HCM Vietnam
9.05 am - sampai ke HCM Vietnam
10.00 am - melawat muzium
10.30 am - check in dan lunch
11.30 am - ziarah dan solat Jumaat di International Musulman Masjid
4.00 pm - binh Tanh running man
6.30 pm - ziarah Masjid Anwar
8.00 pm - dinner dan night market
10.30 pm - rest and sleep

hari kedua
5.30 am - subuh di Hotel
7.30 am - sarapan pagi
8.30 am - ziarah CSR to madrasah Jamiul Saadah
10.30 am - perjalanan ke Delta Mekong untuk Eco tour & retreat activity (2 jam perjalanan)
12.00 tgh - lunch di Mekong
1.00 pm - solat jamak dan kembali ke bandar Saigon
7.00 pm - dinner dan night market
11.30 pm - rest and sleep

hari ketiga
5.30 am - subuh di Hotel
7.30 am - sarapan pagi
8.30 am - perjalanan ke Cu Chi Tunnel & retreat activities
1.30 pm - solat jama
3.00 pm - city tour and visit old post office
7.00 pm - dinner and halal treat
11.30 pm - rest and sleep

hari keempat
7.00 am - breakfast
8.00 am - check out & loading
8.30 am - final city tour of old saigon vietnam
9.20 am - HCM airport
10.20 - perjalanan dr HCM airport ke KLIA
1.20 pm- sampai KLIA
2.30 pm - final briefing
3.30 pm - disperse & back home

note: the proposed itinerary is subject to change to suit the  needs and objectives program without prior notice.


kalau tengok kepada itinerary tu macam padat betul jadual lawatan ini. (pengsan) ok. kita tengok perjalanan yang sebenarnya...

HARI PERTAMA

pada hari pertama ini jadual lawatan telah berubah disebabkan penerbangan kami ditunda sejam dari jadual asal.. redha aje lah. nak buat macam mana,,  kami sampai jam 10.30 am waktu tempatan

untuk makluman, masa di HCM vietnam adalah lewat sejam dengan Malaysia. so pandai2 lah nak set jam tu ye.  macam saya tak set pun jam tu, tp hp sy automatic set ke waktu tempatan.

disebabkan kami lewat sampai, tentatif pun berubah. kami di bawa mengunjungi Pejabat pos lama terlebih dahulu.  selepas lunch di green house restoran barulah kami check in hotel.

 


pandangan di hadapan pejabat pos lama yang masih beroperasi seperti biasa. 




 

kami menginap di Ngan Ha Hotel yang terletak di kawasan Ben Thant market. betul2 berdepan dengan kawasan shopping dan pasar malam.  keluar aje dari hotel terus jumpa pasar malam.  memang senang lah.  sebaik sahaja kami selesai masuk hotel, terus letak barang dan memulakan acara running man (shopping).

 


pada sebelah malamnya kami dinner di Saigon Green house.  terpaksa meredah hujan untuk ke restoran tersebut yang terletak tidak jauh drpd hotel penginapan kami.


HARI KEDUA

pada hari ini aktiviti yang pertama adalah melakukan CSR dengan melawat madrasah dan bersarapan di sana.




untuk pengetahuan semua, orang muslim di sini hanyalah golongan minoriti.  tetapi mereka dapat hidup dengan harmoni bersama dengan yang lain.  sikap tolak ansur dan toleransi menjadikan mereka tidak ada masalah untuk mengamalkan agama masing-masing.


saya tertarik dengan kuih karipap mereka.  secara kasarnya tak banyak beza dengan karipap di negara kita. tapi yang menariknya inti karipap tersebut yang menggunakan sayur-sayuran. boleh tengok gambar di bawah ni.  Saiznya juga besar.

 


selepas itu kami di bawa melawat muzium.  Lawatan ke War muzium ini amat menyentuh hati kerana mempamerkan kesan2 perang vietnam.  Memang benar lah, dalam peperangan pihak yang menang ataupun pihak yang kalah tetap menerima kesan yang negatif.

Berikut sedikit catatan sejarah yang saya perolehi di dalam muzium ini. Semasa peperangan vietnam ini, pihak Amerika bukan sahaja menggunakan senjata tetapi juga menggunakan bahan kimia yang bertoksid untuk memusnahkan kehidupan di situ.  dikenali sebagai 'Agent Orange' mereka menyembur 800 milion litter bahan kimia bertoksid  ke lebih kurang 26000 perkampungan dengan keluasan 3.6 milion hektar iaitu suku daripada keluasan selatan Vietnam dimana 86% disembur sebanyak lebih 2 kali manakala 11% lagi disembut lebih daripada 10 kali. untuk makluman, bahan kimia ini sangat merbahaya. antara kesannya adalah merosakkan bahagian tubuh manusia seperti kanser, kulit, hati serta pada genetik yang mana ianya boleh diturunkan dari generasi ke generasi. kesan daripada bahan kimia ini masih kekal hingga ke hari ini.  di satu sudut kelihatan hasil kraftangan yang dihasilkan oleh mangsa-mangsa perang ini.  setakat ini kesan ini telah turun kepada generasi ke 4.





 








Gambar di bawah: inilah ruang yang diperuntukkan oleh mangsa-mangsa perang  menjual hasil kraftangan mereka.

 



kami lunch di Ahmad al-food tidak jauh daripada chuchi tunnel iaitu destinasi kami seterusnya. Tarikan lunch kami adalah buah bidara.  first time saya makan buah bidara.  sedap rasanya. macam buah epal mini aje rupanya. biasanya daun buah bidara ini digunakan untuk perubatan islam.

 

saya tertarik dengan bentuk bata yang digunakan untuk pembinaan di sini.  sempatlah saya snap gambar bata ini.  bentuknya berlubang ditengah2.  kopi vietnam memang sangat popular.  lebih2 lagi bila diminum sejuk..  sempat saya membeli secawan sebagai bekalan di dalam bas...

 


selepas lunch kami melawat chuchi Tunnel.
berikut sedikit catatan di sini.  Chuchi Tunnel  berkeluasan 232 km yang merupakan kawasan tempat tinggal penduduk di sini semasa perang dahulu.  dianggarkan mereka tinggal di sini selama 22 tahun.  Antara keunikan di sini adalah terowong buatan sendiri yang digunakan sebagai kediaman dan tempat persembunyian mereka.



 

mereka membuat selipar/ kasut daripada tayar terpakai.  siapa sangka, dengan kesukaran yang dihadapi mereka menjadi kreatif dan berusaha untuk hidup semasa zaman perang yang sangat mencabar itu.

 



kami juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memasuki terowong di sini.  bayangkan selama 22 tahun mereka tinggal dalam terowong ini demi keselamatan mereka.

  













ini merupakan lubang udara yang bertujuan untuk menyalurkan udara ke dalam terowong.


ini pula saluran untuk mengelurkan asap dari dapur yang terletak jauh daripada kediaman mereka.


kalau kita lihat kediaman mereka ini dibina di dalam tanah.  hanya bumbung sahaja yang nampak dari atas.








saya berpeluang  mencuba senjata M46 di situ.  peluru dapat dibeli denga harga 500,000 dong untuk 10 butir.  first time memegang senjata api dengan menggunakan peluru betul.  kalau silap target memang merbahaya lah..


 


peluru yang boleh dipilih mengikut jenis senjata api yang mahu dicuba.  Sebaik sahaja membayar peluru tersebut akan terus diambil oleh petugas dan dia akan membawa kami ke tapak/ tempat menembak.


kami juga telah dijamu dengan ubi rebus yang dimakan bersama kacang tanah.  ini merupakan makanan penduduk di sini semasa zaman perang dahulu.


antara barangan cenderamata yang boleh dibeli disini. 



saya tak tahu untuk apa botol ini. tapi saya tertarik dengan cara mereka mengawet ular (tak tahu spesis apa) dan masukkan ke dalam botol ini.



sebelum bergerak keluar, saya sempat snap sekeping gambar sebagai kenangan di sini.


bandar HCM ini merupakan bandar yang mempunyai jumlah motosikal yang banyak.  dianggarkan 7 juga motosikal berada di jalan raya setiap hari.  namun begitu, kemalangan amat jarang sekali berlaku.  Bunyi hon adalah perkara biasa bagi mereka.  semasa perjalanan pulang, sempat saya snap gambar pemandangan pada waktu malam di sini.

 

kami makan malam di Satayhouse restaurant. waktu ini masing2 dah keletihan sebab seharian berjalan dan melawat.  waktu ni masing2 senyap aje waktu makan.









HARI KETIGA
Kami bersarapan di saigon green house. kemudian menuju ke Delta Mekong yang jaraknya lebih kurang 70km dr hotel penginapan.  kami menaiki bot ke Pulau Phonie Mekong.  sebaik sampai kami dihidangkan dengan air teh yang dicampur dengan madu lebah,  limau kasturi dan pollen.  sempat juga saya membeli madu dua botol dengan harga 600,000 dong.  







kemudian melawat taman orkid dan dusun buah2 an.  sebelum menaiki sampan kami dijamu dengan buah2 an iaitu nenas, betik, buah naga, nangka dan mata kucing dan air teh.  



antara barangan cenderahati yang dijual disini.




 

selepas itu kami menyusuri sungai Mekong dengan menggunakan sampan yang kecil aje.  Masa ni ramai sangat pelancong sampai jadi jem di sungai tersebut. 

 

sebaik turun dari sampan, kami menaiki kereta kuda. saya perasan yang mata kuda ini ditutup sepanjang masa. kami juga dibawa melawat kilang yang membuat coconut candy.





inilah proses membuat coconut candy yang masih mengekalkan membuatannya cara tradisional.  Saya sempat membeli beberapa jenis gula2 kelapa yang empunyai pelbagai perisa di sini.

 


setelah selesai kami menaiki bot semula untuk kembali ke Delta Mekong.






masa ni perut dah mula lapar.  kami lunch di restoran halal di sekitar Mekong (saya tak tau nama restauran tu).


sempat saya berposing dengan piano.  macam terer padahal langsung tak reti nak main.  setakat tekan2 aje lah ye.. hahaha....


Pada sebelah petang kami melawat madrasah Al-Nur di kampung Ang Guat (bagus) Abdul Kadir yang terletak 3 km sahaja daripada bandar HCM.

 

 


dinner malam terakhir kami memang sangat istimewa di  muslim Halal restauran.  beraneka lauk pauk disediakan.. memang melampau2 kenyang...

 



Pada malam terakhir di HCM kami meneruskan aktiviti running man untuk menghabiskan baki2 duit Dong yang ada sambil cuci mata.





ini antara bank yang ada di bandar HCM




gerai tepi jalan mereka amat banyak. mereka hanya menggunakan bangku kecil aje untuk menikmati hidangan makanan.


HARI KEEMPAT

pada hari terakhir ini kami perlu bertolak awak dari hotelpenginapan kerana bimbang tersangkut dengan kesesakan lalulintas untuk perjalanan ke airport.  jadi jam 7.30 pagi kami dah bergerak ke airport.










selfie dulu sebelum check in... memandangkan kesuntukan masa, kami bersarapan roti canai vietnam sahaja di sini dengan air mineral...



 



  

sesi menyampaian sijil

 

menaiki Sigonground services untuk ke kapal terbang.






secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak travellova.com.  kemudahan penginapan, makanan dan pengangkutan yang disediakan memuaskan hati terutama sekali utk saya yang baru pertama kaki menjejakkan kai ke bandar HCM vietnam.  mungkin akan datang saya akan jejakka kai lagi ke bandar ini bersama ahli keluarga yang lain.  memandangkan saya dah pernah sampai ke sini, mungkin saya boleh datang semula tanpa menggunakan ejen perlancongan.



















































like