Monday, 23 January 2017

Mendaki Gunung Ledang

assalamualaikum semua

semenjak dua menjak ni saya kerap hiking.  ini gara2 terjoin satu kelab yang memang aktif kat bumi Sarawak ni. boleh dikatakan tiap2 minggu memang ada sahaja aktiviti hiking sebab itu memang aktiviti mingguan mereka.

tapi masa bulan 12 tahun 2016 saya ikut group lain pulak.  kali ini saya mendaki Gunung Ledang pula.  gunung ini dikatakan gunung yang ke 6 sukar untuk didaki.  disebabkan saya bercuti bersama anak2, saya menginap di Gunung Ledang Resort selama 2 malam.  saya sampai jam 1 tengahari. sementara nak check in jam 2, kami bersantai2 dan mandi manda dulu.




sesi latihan juga dibuat kat sini.  saya dan Izah memperuntukkan selama sejam untuk menyusuri denai2 di sekitar kawasan ini.

 



jam 7 pagi saya bergerak keluar dari resort ke Sagil untuk memulakan pendakian.  Ini pemandangan apda waktu pagi di jalan masuk Sagil.




sempat berposing dulu sebelum memulakan pendakian.  Taklimat juga diberi pada masa ini.  sebelum memulakan pendakian, aktiviti meregangkan otot turut dilakukan.  pada masa ini seramai lebih kurang 80 orang pendaki turut serta dalam aktiviti ini.



 pendakian dimulakan dengan melalui laluan bertangga hingga ke Bukit Semput.  memang semput dibuatnya.  selepas itu barulah melalui trek denai yang berakar kayu.


 

 

 

 

berhenti rehat sekejap melepaskan kelelahan...


alhamdulillah, saya berjaya melepasi had masa untuk laluan KFC.  Untuk melalui laluan ini pendaki mestilah sampai ke laluan KFC (killed Fitness Challange) ini sebelum jam 11.30 pagi.  jika lewat, guider tak akan bagi kerana boleh menyebabkan kelewatan sewaktu turun.


sebaik sahaja melepas papan tanda laluan KFC ini bermulalah cabaran sebenar sebagai seorang pendaki.  laluan yang curam dan merbahaya menanti semua pendaki.

 

 

 

 










akhirnya saya berjaya sampai ke puncak.... keletihan berbaloi apabila dapat menikmati pemandangan yang indah dari puncak gunung ini...



 

sekian coretan saya untuk kali ini yang dah mula nak basi.. terlampau sibuk sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat..






2 comments:

Unknown said...

Salam.. Kene ade sesi latihan sbelum mendaki ye.?

Miss N said...

wajib buat training naik tangga dan jogging sebelum mendaki