Aktiviti kali ini berbeza sedikit dengan aktiviti hiking yang saya pernah sertai sebelum ini. ini kerana buat pertama kalinya saya berpeluang mendaki dan menjelajah gua yang sangat jarang diterokai oleh manusia.
seperti biasa saya join aktiviti daripada Group Kembara Anak Sarawak. Pendakian bermula diPejabat Persatuan Sarang Burung Walit, Kg Lobang Batu, Serian. Sebelum pendakian, taklimat keselamatan akan diberikan oleh guider.
Jenis trail adalah trail hutan, berbatu dan dalam gua yang licin. masa pendakian adalah 3 jam naik dan 3 jam turun. namun begitu bergantung kepada individu.
bergambar dulu sebelum memulakan pendakian..
suasana dalam gua yang gelap. peserta perlu membawa lampu suluh untuk memudahkan pergerakan. Laluan amat licin. kena berhati2 semasa melalui kawasan ini.
setelah menjelajah gua, saya meneruskan perjalanan menuju ke puncak. laluan ke punca berbatu. kena berhati2 sentiasa . kami disajikan dengan pemandangan yang indah dipuncak gunung ini..
setelah itu kami memasuki gua yang kedua pula. gua ini dipenuhi air hingga ke paras dada. walaupun terpaksa meranduk air, tapi memandangan dan suasana daalm gua tersebut amat cantik. tidak dapat diungkap dengan kata2.
setelah puas menyusuri gua, melihat kelawar tidur dan bermain air, kami pun bergerak turun. sempat saya sanap gambar gunung Silabur dari jauh....
No comments:
Post a Comment