Wednesday, 25 January 2017

makan angin ke cameron highland

assalamualaikum semua

sebenarnya agak alma juga saya tak menjejakkan kaki ke Cameron Highland ni.  lebih2 lagi bila dapat tahu keadaan di Cameron ini mulai sesak terutama semasa musim cuti.  Perancangan last minit kami berjaya apabila adik saya berjaya mendapatkan homestay di situ.. kami pun bergerak pada sebelah malam...

kami sampai dalam jam 3 pagi.  cari parking kereta kat area pasar terus saya tido dengan senang hatinya...  sedar2 dah jam 6.30 pagi.  terus cari masjid untuk bersihkan badan.  Konon2 nak mandi tapi sejuknya hingga ke tulang. saya cuci muka dan gosok gigi aje... hahaha..

destinasi pertama kami adalah menuju ke ladang teh.  kami masuk ke kilang teh boh...

 

kemudian kami breakfast kat restauran kat situ.  saya pekena kek carrot cheese yang sedap betul..




 lepas tu sempat selfie beramai2 berlatarbelakangkan ladang teh yang menghijau...  selepas itu kami terus bergerak ke homestay yang ditempah.



sebaik sahaja dapat kunci saya terus melelapkan mata. masa ni badan memang rasa amat letih kerana seharian memandu kereta.  kedai runcit pun dekat.  memang mudahlah nak beri barangan dapur untuk memasak.

sebelah malamnya kami berjalan2 kat pasar malam.  saya tertarik dengan topi bertemakan haiwan yang banyak dijual di sini... sebenarnya banyak juga saya snap gambar kat pasar ni. tapi saya cari2 tak jumpa. entah mana hilangnya...



keesokkan harinya kami bergerak keluar lewat daripada homestay.. terus serah kunci dan bergerak menuju ke ladang strawberi.  masa ni masing2 dah bertukar watak menjadi haiwan kegemaran masing2.  termasuk lah saya. layan ajelah kehendak anak2.



antara tarikah di sini adalah pemandangan ayng amat cantik dan cuaca yang nyaman.  saya sempat snap beberapa keping gambar bunga yang menarik minat saya..






kami menuju ke ladang strawberi.  niat dihati hendak memetik sendiri strawberi tapi mlaangnya buah dah habis dipetik.  memang tak ada rezeki kami lah kali ini...  dapat bergambar ajelah...



strawberi coklat memang popular kat sini.. rugi kalau tak mencuba sendiri.. buah strawberi segar yang disalut coklat memang sedap...





kami juga singgah ke ladang kaktus dan bunga2 an. tapi saya tak beli.  pengalaman membeli bunga sebelum ini tak berapa best.  pokok bunga yang dibeli mati akibat keadaan cuaca ayng kurang sesuai.... so kali ini saya cuma mengambil gambar sahaja tanpa membeli apa2 pokok bunga.



 


kami singgah juga ke brinchang.  masa ni keadaan jalanraya memang jem teruk... memang stress rasanya terutama sekali kepada yang memandu.. masa ni saya yang memandu... nasib baik kereta auto.  kalau manual entah lah...

kami singgah makan tengahari di sebuah kedai makan di situ.. dan kemudian bergerak pulang.


sekian, wassalam...

like