Friday, 12 June 2015

Membuat simenfero (masonry) part 3

assalamualaikum semua

kita sambung lagi cara membuat simenfero untuk hari ke3 pulak

hari ketiga




 


mula2 kita bersihkan dulu konkrit yang telah keras tadi.  gunakan berus dawai. ini akan mendapatkan permukaan yang rata dan cantik serta memudahkan proses mengecat nanti.





 

 



 

Cat yang digunakan untuk projek ini adalah cat jenis air. Kita memerlukan sebanyak 3 jenis warna  untuk projek simenfero ini.  warna tersebut adalah hitam, putih dan merah bata. Warna-warna ini akan dicampurkan mengikut nisbah yang telah ditentukan.  Gunakan kayu untuk mengacau bancuhan cat kita ye... tapi kalau nak rasa trill boleh aje korang guna tangan macam bancuh tepung buat cekodok tu... hahahaha...

Gambo di bawah adalah jenis-jenis nisbah campuran yang dicadangkan. untuk projek ini  sebanyak 5 jenis campuran yang telah dibuat. maknanya kita akan dapat 8 jenis warna termasuk warna asal.





   
 


langkah seterusnya adalah memulakan proses mengecat. untuk mengecat permukaan konkrit ini kita abaikan warna putih dan hitam.  maknanya kita hanya menggunakan 6  warna sahaja.  kita gunakan warna merah bata untuk mengecat pada permukaan yang kecil dulu. seterusnya gunakan 5 warna yang telah kita campurkan tadi.  Warna hitam akan digunakan untuk mengecat lurah manakala warna putih akan digunakan pada kemasan terakhir nanti.  antara perkara penting yang perlu dipatuhi semasa proses mengecat ini adalah:

1.  permukaan kecil dicat dengan warna merah bata.
2.  elakkan daripada menggunakan warna cat yang sama pada bahagian bersebelahan.
3. Pastikan permukaan pada penjuru diwarna sama dengan penjuru yang bersebelahan.  ini supaya nampak seperti seketul batu kerana warna yang sama..







  
 





untuk menyelesaikan masalah bahagian atas meja yang bergoyang, kita boleh gunakan teknik meletakkan surat khabar sebagai alas.  boleh tengok gambar dibawah.






cat perlulah dibiarkan kering dengan sepenuhnya.  Setelah cat kering, gunakan cat putih untuk melakukan sedikit touch up pada permukaan konkrit tersebut. Gunakan surat khabar sebagai alas dan berus secara ringan melawan alur pada permukaan konkrit tersebut.  rujuk gambo dibawah ye...
















gambar di bawah menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas touch up dilakukan.. selepas itu permukaan ini akan disapu dengan 'lekar' atau 'stone guard' sebagai kemasan akhir.  Ia adalah bertujuan untuk mencantikkan lagi permukaan dan memberi daya ketahanan yang tinggi terhadap cuaca.










inilah hasilnya...... 4 set kerusi beserta meja segi empat sama dan sebuah bangku panjang... amacam??? boleh jual tak ni...?  seronok rasanya bila siap...

sekian untuk projek kali ini...

related article