Thursday 2 May 2019

Kg Sapit via Kg Parang, Kalimantan Border Malaysia- Indonesia

Assalamualaikum semua

agak lama juga saya tak up date entry di blog ini gara-gara kesihatan yang tidak mengizinkan dan kesibukan menyelesaikan tugas hakiki... 

tapi saya up juga lah entry yang dah lama bersawang dalam draf ini untuk kenangan dan memori akan datang.

Entry kali ini lebih kepada perkongsian pengalaman hiking santai-santai di kampung yang terletak di sempadan kalimantan Malaysia - Indonesia.

Cabaran pertama adalah laluan yang licin yang memerlukan peserta perlu lebih berhati-hati sepanjang laluan tersebut.

Cabaran kedua pula adalah cabaran melawan nafsu makan.   untuk makluman masa ini musim durian.  memang mencabar betul bila dipertemukan dengan Raja buah ni.  dah namanya musim buah, jadi banyak lah dijual di sini dengan harga yang berbaloi2.  Untuk penggemar buah durian macam saya memang seronok sangat lah.

dari jauh dah teruja melihat raja buah ni
Bayangkan sebaik sahaja mahu memulakan aktiviti kami telah ditemukan dengan longgokan buah durian yang menggunung dibahagian belakang 4WD.  terlupa tseketika misi untuk ke Border.  hahaha

selfie tak ingat dunia wei...

takkan lah nak tengok aje kan. kami beramai-ramai melantak buah ni dan best lagi bila ada insan yang murah hati belanja kami semua. horeyyy.  


 

buah cempedak pun tengah musim.  banyak betul buah ni bergautan di batang pokok.





dah makan durian, masing2 masuk air jadinya. layannnnn

sedia semua 😁

laluan disajikan dengan pemandangan hamparan padi huma yang sangat cantik


sempadan kalimantan border. 

muka ada senyummmm

gambar yang paling saya suka.  semangat persahabatan terpahat melalui gambar ini.
kenangan bersama raja buah 


bergambar sekejap kat jambatan kayu ni

sungai yang jeernih dan sejuk
part paling best ialah mandi sungai sebelum balik... memang syok gilerrr terutama sekali bila badan rasa letih dan kenyang..

sekian entry kali ini... wassalam

No comments: