Thursday, 2 May 2019

mendaki Gunung Gajah, Bau

asssalamualaikum semua

Entry kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mendaki Gunung Gajah yang terletak di Bau, Sarawak.  Entah kenapa saya teringat pula mata pelajaran Geografi semasa saya sekolah menengah dulu.  masa tu Bau sangat popular dengan perlombongan Emas.  Tasik Biru yang ada di situ terhasil daripada perlombongan emas di situ.  Perlombongan dihentikan apabila kawasan di sekitarnya mengalami pemendapan tanah yang serius.

Sebenarnya impian untuk mendaki Gunung ini dari hujung tahun lepas lagi tapi tertangguh akibat beberapa kekangan.  

kami berkumpul di tasik biru, bau.  parking kereta di situ, briefing dan warming up.  kemudian berjalan kali sejauh 1 km ke starting point.  

sesi memanaskan badan

muka ceria sebelum di 'pewai' kan.

starting pointnya sebelah kanan rumah ni. 14 peserta kali ini.  seorang junior 11 tahun

dalam 1/2 berjalan kaki kami pun sampai di starting point.  Sedikit 'upacara' dibuat sebelum kami dibenarkan memulakan pedakian.  menurut guide, gunung ini agak 'keras' jadi dia menasihatkan kami agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Pendakian bermula santai pada 10 minit pertama sahaja sebelum melalui trail yang penuh dengan batu-batu tajam.  trail ini telah mengingatkan saya dengan cabaran Mulu Pinnacles yang saya tempuhi tahun lepas.  Setiap langkah perlu berwaspada kerana terdapat lubang dicelah-celah batu yang boleh mengakibatkan kecederaan serius.

antara laluan yang paling mencabar. 
setelah hampir 2 jam pendakian yang mencabar,  kami perlu melalui satu gua kecil untuk ke atas.  inilah satu-satunya laluan yang ada untuk ke puncak.  kami perlu memanjat menggunakan tali yang telah disediakan sementara di sebelah atas ada guide yang membantu.  lubang gua ni memang kecil dan saya rasa untuk mereka yang berbadan besar agak mustahil untuk melepasi lubang ini.


muka ceria setelah berjaya saampai peak
masa yang diambil untuk sampai peak adalah antara 2 1/2 jam hingga 3 jam bergantung kepada pace dan stamina masing-masing.  pemandangan yang cantik di puncak menghilangkan segala keletihan.  Puncak Gunung Gajah ini agak sempit.  Tapi disebabkan kami tak ramai, bolehlah semuanya berada di atas ni.  

sebenarnya saya agak gayat juga kat peak ni sebab tidak ada kawasan yang rata kerana semuanya berbatu.



  


 


Pendapat saya gunung ini tidak sesuai sangat untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian sebab laluannya yang sukar dan memerlukan stamina yang tinggi.  Namun bagi mereka yang berhajat untuk mendaki Gunung Gajah ini perlulah mendapatkan khidmat guide daripada orang kampng di sini.  jangan sesekali berani-berani meredah sendiri kerana dikuatiri terjadi perkara yang tidak diingini sebab trailnya sangat berisiko.

Sekian entry hiking saya kali ini.  Wassalam












1 comment:

D said...

Hello miss...ada contact no guide? Thnk u in advance