Thursday, 2 May 2019

Makaroni cheese bakar

assalamualaikum semua

sesekali tekak ni nak juga makan western.  Sebenarnya apa-apa sahaja makanan yang berasaskan cheese memang menjadi favourite anak-anak saya.

resepi ni saya dapat daripada kawan saya.

Bahan

sebungkus macaroni - direbus
beberapa keping cheesedale (nak guna cheese lain pun boleh.  ikut tekak masing-masing)
telur 5 biji (gred A)
carrot yang dicincang kasar (optional)
sedikit garam

Cara-cara

macaroni yang siap direbus dan dalam keadaan panas digaul dengan telur.  masukkan sedikit garam dan carrot.

*yang ini ikut suka
masukkan kedalam sebarang bekas.  taburkan cheese.  sebab saya guna cheesedale, saya potong memanjang dan letak dibahagian atasnya.

bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit (yang ini bergantung kepada saiz bekas yang digunakan)


saya guna bekas ini aje.  comel-comel senang anak nak bw bekal ke sekolah

zoom sikit

dah siap bakar, cheese tu pun cair

zoom lagi
senang, cepat, mudah dan digemari oleh anak-anak saya.  yummyyyy


sekian entri masakan kali ini.  Wassalam

No comments: