Thursday, 2 May 2019

mendaki Bukit Selabat Kuching

assalamualaikum

kali ini saya nak kongsikan pengalaman mendaki Bukit Selabat yang terletak di Kuching.  bukit ni tak tinggi pun.  ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam pendakian naik dan 1/2 jam untuk turun.   Bukit ini saya daki sebanyak 2 kali dalam tempoh seminggu.  Pendakian pertama adalah semasa CNY ke 2 pada sebelah pagi manakala pendakian ke2 adalah pada hari Sabtu minggu yang sama tapi pada sebelah petang.

Pendakian pertama (hujan)

nak dijadikan cerita pada pagi kejadian hujan turun dengan lebatnya sebaik sahaja kami sampai ke destinasi.  so terpaksalah menunggu hujan reda.  pendakian dimulakan ketika hujan masih renyai lagi.  Pendakian mengambil masa 1 jam sahaja dan trail mencanak dalam 1/2 jam terakhir.  hampir kejang betis kaki saya..

besar betul batu ni

pemandangan selepas hujan.  penuh dengan kabus

buah labu air yang ditanam di atas bukit ni


mama dan juniornya


gua kecil yang boleh dilalui di atas puncak bukit ini dan ia menghubungkan ke bahagian batu besar.



Pendakian ke dua (sunset)

selang 2 hari saya repeat lagi sebab tak puas hati masa pedakian pertama.  lepas hujan cuca berkabus.  jadi view dari atas kurang jelas.  kali ini memang puas hati.  pemandangan yang jelas dengan bonus dapat melihat view dari batu besar.


view terang benderang

pemandangan menghampiri senja

mama dan junior.  ewah macam filem titanic pulak
disebabkan cuaca cantik, kami dibenarkan untuk mendaki hingga ke atas batu besar ini untuk bergambar dan menikmati pemandangan yang mengasyikkan.


pemandangan dari atas batu besar tadi
Sekian entri membukit saya untuk kali ini.  Wassalam

No comments: