Monday, 30 July 2018

hiking ke Bukit Piramid Sabah

assalamualaikum semua

agak lama juga saya menyepi dari menulis blog caca merba ni.  Sebenarnya saya terlampau sibuk sampaikan nak jenguk blog sendiri pun tak sempat.  banyak sangat tugasan yang memerlukan perhatian saya.  dan ditambah lagi dengan keadaan kesihatan anak sulung saya yang menjalani pembedahan pada  Mei lepas untuk membuang ketumbuhan dalam perutnya.

sebenarnya banyak sangat yang saya nak kongsikan kepada u'll tapi saya tak sempat nak menulis.  last entry saya pasal percutian saya ke Seoul Korea Selatan.  itupun berzaman juga nak habiskan sedangkan percutian itu pada bulan Januari... sabo ajelah.

Bulan Mac 2018 yang lepas saya join satu trip compress mendaki Gunung Kinabalu dan selepas itu terus mendaki Gunung Trusmadi pula.  so entry kali ni saya kongsikan lah sedikit mana yang masih dalam ingatan saya ye.

Saya mengambil penerbangan awal pagi untuk ke KK.  Jadinya bila sampai sahaja di sana kami terus check in temmpat penginapan di kundasang dan seterusnya bersiap2 untuk memulakan sesi trip santai mendaki Bukit Piramid dan melawat ladang lembu.

dalam perjalanan ke kundasang kami singgah sebentar makan durian di pekan Tamparuli.  kat sini ada jambatan gantung.  boleh lah merasa berbuai2.. 

 









untuk sesi mendaki Bukit piramid dan ke ladang dairy farm, kami naik kenderaan 4WD.


masing-masing pantang nampak kamera terus masing2 hulur muka.  hihihi...  masa ni bolehlah senyum lebar lagi. eksited gitu..





kat simpang ni pun nak bergambar juga....  memang pantang nampak kamera kan???? grrrrr



sempatlah berposing  juga kat sini bersam beg galas kesayangan. (benda wajib bawa tu)


dah nama pun ladang lembu, mestilah banyak lembu kat sini... snaplah sekeping dua buat bukti dah jejak kaki kat sini....



aiskrim kat sini memang sedap seperti yang dikata.  saya suka sangat.  terutama sebab free.  Cip belanja.  


tengok tu muka-muka ceria dapat makan aiskrim...

tak puas lagi berposing dengan aiskrim.  kat depan pintu pun jadi..



destinasi seterusnya adalah menuju ke Bukit piramid.  pendakian mengambil masa 1 jam aje. tapi memang tak ada diskaun.  mendaki sahaja sepanjang menuju ke puncak.



pemandangan ke puncak dari jauh..



bukit ni laluannya sempit.  memang kena berhati-hati.  kiri kanan gaung ye..  seriau juga saya...






 


setelah sejam, kami pun berjaya sampai ke puncaknya... horeyyyy.  hiking memanaskan badan pun berjaya...





sebahagian pemandangan dari puncak Bukit Piramid ni yang sempat saya snap.





 lepas turun dari Bukit Piramid tu masing-masing kelaparan.  kami singgah makan di sebuah warung yang saya dah tak ingat namanya.  sebab lapar dan keletihan tak ingat nak ambil gambar. ini ajelah gambar yg ada... boleh lah ye bergambar dengan pinggan dah kosong..



Sebaik sampai bilik, terus bersihkan diri dan terlena untuk keesokkan hari yang mencabar mental dan fizikal...

next entry akan bersambung untuk sesi perkongsian pendakian ke Gunung Kinabalu..............

wassalam


Monday, 14 May 2018

Seoul Korea Selatan day 7

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

ok saya janji ini entry terakhir untuk kembara saya ke Seoul Korea Selatan.  


Rupa-rupanya emak saya tak puas lagi shopping kat Namdemun market semalam.  pagi ni dia ajak lagi saya ke sana sebelum ke airport.  dia kata ada lagi yang belum dibeli.  layankan lah memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kami berada di buli Seoul ni.

so selapas check out, kami terus naik train menuju ke namdemun market.   barang2 saya ditinggal di stesyen.  sebaik keluar dari stesyen tu,  cuaca amatlah sejuk.  saya rasa memang cuaca paling sejuk yang saya alami sepanjang berada di bumi Seoul ini.  sempat juga saya bergambar dengan sebuah kereta yang diliputi salji.

 


sekejap aje kami di situ sebab saya memang tak tahan sangan dengan cuaca yang sangat sejuk melampau.  lepas membeli barang yang emak saya hajati, saya terus berjalan dengan laju ke stesyen.  kemudian kami terus naik train menuju ke airport.   

semasa kami sampai airport, kebetulan ada perarakan perkahwinan pasangan korea di sini.  so saya snap beberapa keping gambar.  tapi malangnya gambaryagn saya snap ada masalah menyebabkan kualiti yang terhasil tak secantik asal.. jadi blurr  pulak. frust saya





disebabkan pintu perlepasan jauh, kami naik train.  so beramai2 lah kami mengheret beg menuju ke pintu perlepasan selepas pasport kami di cop.  

ini lah rupa pintu masuk ke dalam train untuk menuju ke pintu perlepasan





selesailah perjalanan kembara kami sekeluarga di Seoul Korea Selatan secara backpacker.  Saya berpuashati dengan itenari yang walaupun tidak dapat 100% tercapai, tapi tempat2 yang memang kami nak kunjungi tercapai dengan kos yang agak minimum memandangkan kami tidak menggunakan travel agen.


sedikit tip untuk mereka yang ingin mengembara ke Korea Selatan semasa musim sejuk bersama anak2 yangberumur bawah 18 tahun.

sapukan aloe vera pada seluruh badan untuk mengelakkan kulit menjadi kering.  ini kerana disebabkan musim sejuk, kita kurang merasa haus dan menyebabkan kulit menjadi kering dan akan menjadi gatal.  saya beli sahaja di Seoul sebab harganya murah.


ini namanya T money.  kad penting yang digunakan untuk menaiki train dan bas di sekitar bandar Seoul ni.  saya beli di airport sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi Seoul ni.  bila dah selesai kalau ada bakinya, boleh lah dijual semula untuk mendapatkan baki wang yagn ada di dalam kad ini.


inilah nasi segera yagn menjadi makanan harian kami sepanjang berada di ini.  memang awal2 lagi sebelum samapi kami merancang untuk membuat penjimatan pada makanan.  so saya membawa sambal ikan bilis, sardin dalam tin, maggi, roti untuk dimakan memandangkan harga makanan yang agak mahal hasil tinjauan melalui pak cik google sebelum ini.  makanan yang saya bawa memang membantu saya mengurangkan kos makanan.


disebabkan cuaca sejuk.  mita mungkin akan kurang minum air.  so bolehlah membeli air yang beraneka perisa supaya badan kita tidak menjadi terlalu kering.




susu pisang ni memang menjadi kegemaran anak2 saya.  memang banyak botol lah yang kami beli sepanjang berada di sini.



sekian entry ke Seoul Korea Selatan yang amat panjang.  

Wassalam

Seoul korea Selatan day 6


assalamualaikum semua

kita sambung lagi entry ke Seoul Korea Selatan yang amat panjang ni.  untuk hari ke 6 ni kami berjalan2 untuk mencari cenderahati dan apa2 yang sesuai untuk di bawa balik.

pada sebelah paginya kami menuju ke Namdaemun market.  serius saya cakap yang inilah tempat yang amat sesuai untuk membeli belah.  pelbagai cenderahati,  baju2, brooch ada dijual di sini dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.





pasar barangan basah pun ada dijual disini.  saya lalu sambil meninjau2 barang jualan yang ada.


pakaian memang banyak di sini.  Emak saya memborong t shirt I love korea dengan banyak.  saya pun sama juga.




selepas itu kami berpatah balik ke Itaewon sebab pada hari ini perancangannya hendak berjalan2 di sekitar kawasan guesthouse kami sahaja.  antara sebabnya cuaca diramalkan bersalji pada sebelah ptg.






Izah teruja nak masuk kedai yang bernama 'line friends' ni sebab kedai ini ada menjual beraneka barangan k pop.  saya layankan aje lah.  sempatlah kami bergambar dan meninjau2 apa yang menarik minat anak2 saya tu...



punyalah banyak patung teddy bear yang memang besar2.  cinonet aje kami jika dibandingkan dengan patung2 yagn ada kat situ....



  

dah puas jalan2 perut pun lapar.  kami berhenti makan pizza di sini.    waktu ni salji dah mula turun.  dan inilah antara sebab kami tak mahu berjalan jauh dari guesthouse.


kami berkunjung ke satu2nya masjid yang ada di Seoul ni.  tapi kami hanya berlegar di bahagian luar sahaja sebab saya dah jamak zohor asar di guesthouse. 




 

dah puas meronda-ronda di bandar Itaewon ni, kami pun balik ke guesthouse untuk mengemas barang2 dan berehat.

bersambung........





Seoul Korea Selatan day 5



Assalamualaikum semua

Entry dah berhabuk sebenarnya.  tapi sebab saya terlalu sibuk menjadikan catatan seterusnya tertangguh.  ok. untuk hari ke 5 ni saya memenuhi kehendak anak 2 saya yang minat artis  korea terutamanya k pop.  so kami pergilah ke Gangnam square, k star road dan Han bridge.





sempat saya beli air ni untuk hilangkan dahaga.


inilah k star road yang beria-ia anak2 saya nak pergi.  layan aje lah walaupun saya tak tahu apa.







masa ni memang banyak masa terbuang sebab Izah sibuk nak cari studio latihan kumpulan BTS ni.  jenuh tanya orang, turun naik bas tapi tak jumpa juga.  Sabar aje lah layan kerenah mereka.   masa ni Izah sibuk membelek peta untuk memahamkan arah jalan.  tepi jalan pun boleh... 


Bila dah letih kami terus bergerak ke Han Bridge.  (waktu ni dah mula mlm)  matahari dah mula tenggelam.



saya baru tahu yang orang korea ni tinggal di rumah pangsa juga bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.  dan rumah pangsa mereka tak jauh sangat designnya dengan rumah di negara kita.  ok saya snap sekeping untuk tatapan semua.




inilah pemandangan di Han Bridge ini pada waktu malam.  Cuaca pada waktu ini memang sejuk ya ampun.  menggelatar seluruh badan.  rasa macam dah beku.  ambik kau siapa suruh jalan2 waktu malam.   





sekian, bersambung lagi ye....