Wednesday, 3 July 2019

Ekspedisi mendaki Gunung Murud dan memacak signboard di puncak

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua


Sebenarnya ini trip bulan Mac yang lepas tapi disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan dan ditambah dengan kesibukan yang melampau lambat lah up datenya. nak buka blog sendiri pun tak sempat.

Trip ini dirancang dari tahun lepas lagi dan agak ramai jugalah pesertanya. Disebabkan itu, maka kesemua peserta menaiki penerbangan turun ke Miri sebelum menaiki van untuk ke Lawas melalui Brunei.  sekiranya tak ramai anda ada pilihan untuk terus turun ke Bekalalan menaiki pesawat twin otter Maswings.

Hari pertama (kuching - Miri - Lawas)


muka ceria masing-masing 

bergambar di depan airport Miri
Sebaik sahaja bertemu di airport Miri pada sebelah pagi tu, kami terus menaiki van yang disediakan menuju ke Lawas melalui Brunei.  Semua peserta mestilah memiliki pasport antarabangsa sebab perlu melalui pemeriksaan imigresen di sempadan.



kami sampai homestay jam 5 petang.  waktu ini kami diberikan kebebasan untuk santai2 dan membeli barang-barang keperluan terutama air minuman dan makanan.  untuk makluman trip kali ini kami perlu memasak sendiri mengikut kumpulan yang telah diagihkan awal-awal.

kedai shopping barang makanan 

snap sekeping gambar kat sini.. hihihi
Pada sebelah malamnya ada taklimat dan sedikit perbincangan untuk perjalanan keesokkan harinya.  Selepas itu masing-masing berehat dan tidur.


santai-santai di waktu malam selepas briefing




Hari kedua (Lawas - Lepo Bungo - Church Camp)


Pagi-pagi lagi masing-masing dah bersiap sedia.   beg yang ingin ditinggal diasingkan di satu tempat manakala beg yang akan dibawa disusun ke dalam 4WD.



sesi loading barang


bergambar dulu sebelum bergerak

muka ceria sebelum dipewaikan

setelah selesai, kenderaan 4WD pun bergerak membawa sekumpulan peserta yang tak serik2 cari pasal memanjat gunung.  Anggaran masa lebih kurang jam 8.00 tayar pun bergolek. Perjalanan dari Lawas ke Lepo Bungo sejauh 3.4 km ini mengambil masa lebih kurang 4 jam termasuk berhenti lunch, bergambar dan lain2.

perjalanan dimulai dengan jalan tar yang cantik selama 1 jam sebelum memasuki jalan off road yang berdebu.  Saya 4 sekawan menaiki 4WD yang sarat dengan beg pada bahagian belakangnya.  jadi kami tak kena lah habuk... hihihi (mengelat)

sesak nafas tengok debu-debu ni

tabahlah menempuh habuk ye kawan-kawan.

dalam perjalanan, kami berehat sebentar di pondok yang disediakan sambil menikmati lunch.

inilah menu lunch kami.
inilah pondok tempat kami lunch
disebabkan kami hanya berempat sahaja tak termasuk driver, sekejap2 kami berhenti bergambar.  sabar aje driver kami melayan kerenah kami berempat.  sporting dia.  waktu ni 4DW yang lain dah  meninggalkan kami dibelakang.  layan...




happy bila dah sampai. inilah geng se4WD saya


kat sini pun nak bergambar juga



akhirnya setelah berhabuk dan bermain roller coaster dalam 4WD kami pun sampai..

starting point

sesi mengemas dan warming up serta sedikit briefing daripada guide

mula hiking terus jumpa best friend 😅

  



memang sungguh sukacita kami di sini




persimpangan.  kami melalui laluan kiri dahulu

inilah persimpangan batu Linanit.

hati-hati licin tu

laluan berjaring



walaupun keletihan, senyum tu wajib...



 

sampai pun ke church camp. horeyyy

gembira sebab dah sampai

akhirnya jam 6 petang saya pun sampailah ke church camp.   lega dan saya tergesa-gesa solat jamak zohor asar memandangkan waktu dah nak maghrib.

setelah berehat menghilangkan lelah, aktiviti memasak pun bermula.  entah kenapa makanan yang dimasak tu luar biasa sedapnya.   hahaha...


mestin lagend ni.

aktiviti memasak 

pada sebelah malamnya ya ampun.. teramatlah sejuk.  sleeping bag yang dibawa tak mencukupi. saya selubung lagi dengan telekung (saya pakai dalam sleeping bag lah.  tak pasal2 ada orang histeria pulak tengok saya berselubung putih nanti) dan pakai baju 2 lapis.  dia punya sejuk sampai ke tulang.  masing-masing tak dapat tidur.  Terasa malam yang sungguh panjang


Hari ketiga (Church camp - Mount Murud Summit - Church Camp)

Pagi-pagi dengan mata panda sebab tak cukup tidur, masing-masing menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke summit.  Pagi yang ceria dan penuh dengan keterujaan.


pemandangan awan karpet yang cantik di waktu pagi


briefing dan bacaan doa


berehat sebentar menikmati keindahan alam

Kumpulan pertama yang  sampai puncak.. ehh  😆
lebih kurang jam 10 pagi saya pun sampai.  sementara menunggu yang lain saya berehat, dan makan bekalan yang dibawa.  kebetulan group makan saya semua dah sampai.  Sebaik sahaja signboard sampai aktiviti pun bermula.

misi memacak signboard bermula

memandangkan dah sampai waktu, saya dan beberapa yang lain menyelesaikan tuntutan ilahi sementara yang lain menyelesaikan tugas memacak tersebut.



muka-muka happysetelah berjaya selesaikan misi

tak lepaskan peluang gambo solo
saya bergerak perlahan semasa perjalanan pulang ke church camp sebab nak menikmati keindahan alam semula jadi semasa perjalanan pulang.
mossy forest yang sangat cantik.  ada nampak 'sesuatu' tak di belakang tu?

mossy forest lagi. jangan jemu ye




dalam jam 6 saya sampai semula ke Church Camp.  waktu ni lutut saya terasa semakin sakit.  saya terpaksa solat duduk.

pemandangan waktu senja di curch camp


Sama seperti malam tadi, malam  kedua yang sangat sejuk pun bermula di sini.  Sebahagian daripada peserta tidur berhampiran dengan unggun api yang di sediakan.






Hari keempat (Church Camp - Lepo Bungo - Yang Klawa )

Perjalanan balik saya amat mencabar kerana lutut saya injured.  untuk perjalanan balik kami melalui laluan Batu linanit yang mana tempoh perjalanan + 30 minit.  saya berjalan dengan laju meninggalkan peserta lain.  waktu ni nak cepat-cepat sampai aje.  betul lah bagai dikata.  mental dan fizikal perlu kuat kalau nak hiking.  mungkin disebabkan mental saya masih kuat walaupun injured saya dapat menghabiskan perjalanan pulang saya dengan pantas jauh meninggalkan peserta yang lain.


pemandangan sekitar church camp
sekitar batu linanit



berehat sebentar

injured pun nak posing juga



tumpang kereta orang nak bergambar...


tengok kabus pun tahu betapa sejuknya di sini

tempat bermalam

 

inilah tempat penginapan saya malam ni...
kami berlima berpakat2 dengan driver untuk ronda2 sekitar kawasan ini.  Sementara yang lain-lain sibuk berkemas, memasak dan sebagainya kami menyelinap keluar... hihihi


rambutan ni seikan RM 2 sahaja



macam tak pernah nampak kerbau pulak...

carbo loading dulu

nasi ayam penyek. nyum nyum

laksa sarawak


airport bakalalan

senarai menu yang ada

gambar kat depan kedai pun boleyyy

saya sempat membeli dua jenis beras bario di sini untuk ole-oleh buat keluarga yagn ditinggalkan.

aneka jenis beras bario yang popular

pada sebelah malam kami berkumpul untuk sesi perkongsian cerita dan bersantai-santai di depan unggun api.  malam tu sejuk tapi sebab kami tidur di dalam chalet yang lengkap dengan kemudahan menjadikan tidur amat selesa dan lena di buat mimpi.





hari kelima (Yang Klawa - Lawas)

badan terasa segar memandangkan masing-masing dapat tidur dengan lena.  setelah membersihkan diri dan bersiap-siap, kami pun bergerak.

suasana pagi yang berkabus
Dalam perjalanan balik ke Lawas, kami diduga dengan kerosakan pada salah satu 4WD.  berkali-kali juga lah kami terpaksa berhenti kerana enjin 4WD tersebut suhunya naik. perjalanan yang mengambil masa 4 jam menjadi panjang.


kami terpaksa singgah ke rumah driver untuk mengambil alat ganti untuk membaiki kenderaan tersebut.  ibu driver tersebut ramah dan menghidangkan makanan untuk mengalas perut memandangkan waktu sudah tengahari. kami menjamu selesa sementara menunggu kereta dibaiki.

siput rebus

sejenis kuih yang digoreng menggunakan tepung




dan akhirnya perjalanan dapat diteruskan dengan lancar....  jam 3 petang barulah kami sampai ke Lawas dan tempat yang mula-mula diserbu adalah restauran makan memandangkan kami masih belum lunch. kelaparan



menu lunch saya

malam tu kami bermalam lagi di homestay yang sama.  Tak ada aktiviti yang dibuat memandangkan masing-masing keletihan menempuh 5 hari perjalanan yang mencabar mental dan fizikal.


Hari keenam (Lawas - Brunei - Miri - Kuching)

Waktu untuk ucapkan selamat tinggal kepada team yang meneruskan perjuangan mendaki Gunung Kinabalu sementara yang selebihnya kembali semula ke Miri sebelum ke destinasi masing-masing.

group ke Miri

saki baki yang tinggal

gigih berjalan semata-mata nak bergambar di sempadan Malaysi-Brunei ni





 


Saya mengambil flight jam 10.30 malam menuju ke Kuching.


Berikut adalah ringkasan perjalanan mendaki Gunung Murud.

day 1
bertemu di airport Miri
menaiki van ke Lawas dri Miri Melalui Brunei (mesti ada passport antarabangsa)
check in homestay

day 2
perjalanan dari Lawas - Lepo Bungo menaiki 4WD
Lepo Bungo - church camp start hiking ( jam 12.30 pm)
bermalam di church camp

Day 3
7.00 am - 10.30 church camp - Gunung Murud summit
jam 6 pm sampai semula ke church camp
bermalam di church camp

day 4
church camp - Lepo Bungo
lepo bungo - Yang Klawa (homestay)

day 5
Yang Klawa - Lawas
bermalam di homestay

day 6
lawas-miri via brunei dengan Van
airport Miri - kuching flight jam 10.30 mlm


sekian entry panjang saya kali ini.  walaupun dah basi saya up juga untuk kenangan anak cucu di masa akan datang.

Wassalam

Monday, 24 June 2019

hiking selepas bercuti panjang

assalamualaikum semua

pada awal tahun lepas saya telah menjalani pembedahan di bahagian lutut (arthroscopy).  akibat pembedahan ini saya dikehendaki berehat daripada aktiviti lasak selama 8 minggu.  namun saya terus berehat panjang memandangkan ramadhan menjelang dan disusuli sambutan hari raya aidilfitri.

Setelah 3 bulan berehat (saya mengikuti fisioterapi dan melakukannya sendiri di rumah), so saya cubalah test semula lutut ni.  sebab dah lama berehat saya tak berani untuk terus mencuba laluan yang mencabar.  so saya ambil keputusan untuk hiking ke waterfall di Gunung Serapi yang mengambil masa 1 1/2 perjalanan pergi.

 

pemandangan waterfall di sini memang cantik.  dan airnya sejuk betul.  Azim aje yang mandi.  saya cuma bersantai2 sahaja menikmati pemandangan


banyak binatang ni saya jumpa sepanjang perjalanan pulang

 


 kulit pokok ini  ada tompokan corak seperti wall  paper

bahagian dalam pokok ni macam alor vera
 dalam perjalanan balik mata saya liar menyaksikan flora dan fauna yang ada.  saya tertarik dengan sebatang pokok yang patah.  mungkin sebab kena tiup angin sebelumnya.  kulitnya bertompok dan bahagian dalam abtangnya seperti alor vera yang mempunyai banyak air.  saya tak berani pegang pokok ni.  sekadar snap gambar aje.


besar juga ulat ni.  tak tahu namanya pun

lebih kurang lagi 20 minit untuk sampai ke laluan keluar, kami terjumpa sejenis pokok bunga yang besar.  1 kuntum dah layu dan sekuntum lagi masih belum berkembang.  menurut petugas di pintu masuk bunga ini akan berkembang lebih kurang 2 hari lagi.  bunga besar ini dipanggil armophophallus.  kalaulah masa mengizinkan memang saya nak datang semula untuk melihat rupanya bila berkembang.  saya teruja sangat sebab dah banyak kali kami datang sini tp tidak ada rezeki jumpa pokok bunga ini.  syukur kali ini diberikan rezeki untuk melihat satu lagi ciptaan ilahi yang menakjubkan.

 

 



 


merah dan kuning dalam satu pokok

syukur alhamdulillah lutut saya memberikan respond yang baik.  Saya hanya menggunakan pace kura-kura aje sebab saya tak mahu mengambil risiko kecederaan lagi.

Sekian, wassalam


Wednesday, 19 June 2019

mengait aneka jenis kopiah

assalamualaikum semua

saya kongsikan beraneka jenis kopiah yang pernah saya buat sama ada untuk kegunaan anak saya mahu pun tempahan.

kopiah 1 

kopiah ini  saya panggil corak bintang pecah 7.  yang ini saya guna benang bobocorn yang mempunyai urat besar sikit dari yang biasa digunakan (biasa saya guna benang nona atau wina).





kopiah 2

kopiah bernama simple ini menggunakan 2 warna.  saya gunakan benang wina yang dapat menghasilkan kopiah yang kemas dan keras.



 kopiah 3

kopiah bernama yang ini saya dapat idea daripada kopiah bernama simple di atas.  saya tambahkan corak pada bahagian atasnya untuk membentuk 7 corak pecahan diamond.






kopiah 4

kopiah bernama yang ini menggunakan 3 warna dengan bahagian atas kopiah diberikan 7 corak diamond sama seperti kopiah 3 yang direka oleh saya sendiri.  kopiah jenis ini lah yang paling banyak mendapat permintaan daripada pelanggan saya menjelang aidilfitri yang lepas.

 









 kopiah 5

kopiah ini dinamakan kopiah lebai diamond.  menggunakan 1 warna sahaja, pada bahagian atasnya bercorak salju dengan 8 pecahan dan bahagian tepinya ada corak diamond



 


ini adalah sebahagian kopiah yang sempat saya snap gambar.  yang lain-lain saya kena cari balik sebab gambar2 yang ada dah bercampur2 dengan gambar kenangan raya saya.  nanti saya sambung lagi jenis2 kopiah design lain yang pernah saya buat lagi.

sekian, wassalam

Biskut raya - biskut nestum ice

assalamualaikum semua

Biskut ini antara biskut yang paling mencabar untuk saya sebab terpaksa buat banyak kali toppingnya.  saya tak tahulah di mana silapnya tapi topping saya tak menjadi seperti yang diharapkan.

bahan base
250 gm mentega
90gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu makan vanila
100 gm nestum (dikisar halus)
1 sudu tepung jagung
300 gm tepung gandum


Cara membuatnya
1. pukul mentega dan gula sampai kembang.  masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, nestum dan vanila. gaul sebati hingga jadi doh.
2.  bentukkan menggunakan penerap yang diatas plastik dan gunakan penerap bulat.  (nak guna acuan bentuk lain pun boleh. ikut suka lah)
3.  paipkan topping diatasnya dan coretkan coklat emulco atau perasa cuppucino mengikut corak kesukaan anda.
4.  Bakar selama 40 minit pada suhu 130 darjah dengan menggunakan api atas bawah.
5.  bila dah masak, sejukkan dulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara. 


inilah rupa base biskutnya.  saya guna acuan bulat.


setelah diletak topping. 

ikut sukalah nak lorek macam mana ye.  janji nampak cantik di mana

untuk membuat toppingnya boleh pilih salah satu cara ini.

Bahan Topping 1
1 sudu makan meringue powder
1/4 cwn air sejuk
6 sudu makan gula icing
1 sudu makan tepung jagung


Cara-cara

1. pukul meringue powder dan air hingga kembang.
2. masukkan gula aising dan pukul lagi
3. masukkan tepung jagung dan kacau sebati.


Bahan Toping 2
50 ml putih telur
150 gm icing sugar
1 sudu tepung jagung

Cara-cara

1. pukul putih telur sampai kembang
2. masukkan gula aising dan pukul sampai berbuih
3.  masukkan tepung jagung.  pastikan bila diangkat dengan sudu adunan tidak jatuh


* adunan aising ni boleh dibuat lebih sebab tak cukup untuk adunan base biskut

selamat mencuba...

Monday, 17 June 2019

biskut raya - Semperit/ Dahlia 3 bahan

assalamualaikum semua

saya nak kongsikan biskut raya yang saya buat untuk edisi raya tahun ini

sebelum ini saya buat biskut semperit menggunakan bahan lain.  kali ini saya buat yang paling simple aje dan menggunakan 3 bahan sahaja.  sebenarnya saya dah pernah cuba buat biskut ini sebelum ini untuk kudapan anak2.  alhamdulillah menjadi.  jadinya eloklah saya  kongsikan resepinya di sini untuk perkongsian dan rujukan saya pada masa akan datang.  senang.

Resepi biskut Semperit/ dahlia mudah

bahan

1 kg tepung jagung
1 tin susu pekat
500 gm butter

cara-caranya

dengan mengunakan jari, gaul tepung dan butter sampai jadi serbuk roti.  kemudian, masukkan susu pekat.  gaul dengan lembut dan lemah gemalai sahaja.  doh ni memang lembut.  jangan memandai2 tambah tepung pula.  masukkan dalam acuan semperit dan tekan atas dulang pembakar.  letakkan coklat chip sebagai hiasan.


inilah rupanya sebelum dibakar

inilah rupa biskut selepas keluar dari oven.
panas oven dahulu.  bakar pada suhu 180 darjah selama 10 - 15 minit (bergantung kepada jenis oven) atau hingga masak.  

sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.  mudah kan cara membuatnya...

sekian, wassalam