Wednesday, 9 October 2019

Jambatan Darul Hana dan Masjid Terapung Kuching

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Sesiapa yang datang ke Kuching Sarawak memang tak sempurna rasanya kalau tidak mengunjungi Waterfront yang kini memiliki mercu tanda baru iaitu Jambatan Darul Hana dan Masjid terapung.

Jambatan Darul Hana ini merupakan jambatan untuk pejalan kaki yang dibina untuk menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan. ianya bermula daripada Waterfront merentasi Sungai Sarawak dan sampai ke kawasan seberang bersebelahan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di Petra Jaya.  Keistimewaan rekabentuk jambatan ini yang berbentuk bengkok 'S', memiliki kecondongan 48 darjah yang disokong oleh 2 kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dan lantainya sepanjang 335 meter menggabungkan elemen tradisi dan moden.  Terdapat 2 tiang yang membentuk simbol burung kenyalang dan dilengkapi dengan pencahayaan Led yang bertukar warna menghasilkan pemandangan indah pada waktu malam.  Terdapat dua ruang tinjau yang boleh digunakan oleh pengunjung untuk menikmati keindahan sama ada malam atau siang.  Berlatar belakangkan  bangunan Astana Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan ianya menjadi tumpuan orang ramai untuk merakam keindahan momen menarik di situ.





DUN di seberang sungai

pemandangan bandaraya Kuching dari atas jambatan.  masa ni jerebu

laluan di sepanjang jambatan

Masjid terapung Kuching





papan tanda peraturan
gambar di bawah ini pula adalah pemandangan di sekitar astana dan DUN.  saja aje kami jalan2 untuk keluarkan peluh.  Waktu ni keadaan jalan raya ni lengang aje.  adalah sebiji dua kenderaan yang lalu.

gigih nak bergambar kat tengah jalan ni.

feeling ala2 diva kononnya.😁

dah puas berguling atas jalan moh lah kita ke pangkal jalan.  Waktu pun dah nak senja ni. 

waktu operasi 6 pagi hingga 12 malam aje ye.


posing atas jambatan pulak

tak puas berposing lagi 

pemandangan masjid terapung menjelang senja

pemandangan di sekitar astana menjelang senja
Sebaik sahaja azan berkumandang kami anak beranak terus berlari menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.  tu la siapa suruh sibuk bergolek2 kat tengah jalan tadi.  kan dah kelam kabut.  Selesai solat maghrib terus jalan2 sekitar situ.. Saya tak ingat nak ambil view pada waktu malam masa tu.  So suasana sebelah malam saya sambung kat bawah ni.  Gambar diambil pada waktu lain pulak.  tp suasananya lebih kurang sama.


Sebenarnya dah banyak kali saya Jambatan ini tapi baru kali ni teragak nak menulis d blog.  (boleh gitu ???? ).  Kalau sebelum ni saya akan parking kereta di sekitar Waterfront, tapi kali ini saya parking pula di sebelah astana dan DUN.  tukar tempat pulak.  disebabkan saya tak pernah parking kat sini, berpusing2 jugalah nak cari tempat ni.  puas waze dan google tapi entahlah.  sesat2 dibuatnya.  last2 bukak google map aje dan rujuk map yg ada baru dapat jumpa tempat ni.   Sampai sahaja gerimis mulai turun.  So kami jalan2 lah slow2 menuju ke seberang.  


Ok saya kongsikan pula view untuk waktu  Senja waktu ini.

nampak awan yang warna gelap tu.  haaa.  masa ni gerimis mula turun


ruang tinjau ke arah bandaraya Kuching

DUN dari atas jambatan pada waktu senja

Astana dari atas jambatan pada waktu senja


dipertengahan jambatan gerimis dah bertukar menjadi hujan yang lebat  saya dan anak2 berlari menuju ke ruang tinjau untuk berteduh.  tak lama kemudian azam maghrib pun berkumandang.  kali ni memang tak sempat nak solat maghrib berjemaah di masjid sebab cuaca tak mengizinkan.  kami tunggu hujan reda di ruang tinjau tu lebih kurang 10 minit.  lepas tu terus bergerak ke masjid untuk solat maghrib.


masjid terapung kuching ni mempunyai 2 tingkat.  tingkat bawah dikhaskan untuk jemaah lelaki manakala tingkat atas untuk jemaah wanita.  Sebaik sahaja memasuki ruang solat, kita akan jumpa tangga di sebelah kiri dan kanan untuk naik ke ruang atas.

ruang solat lelaki dari pandangan atas

tangga di sebelah kanan

view masjid terapung pada sebelah malam

sekarang saya kongsikan pula pemandangan di sekitar Jambatan Darul Hana pada waktu malam pula


view jambatan berlatar belakang DUN.  masa ni lampu LED tu warna hijau

Lampu LED bewarna purple kebiruan

View Astana sebelah malam
Di sekitar waterfront dimeriahkan dengan deretan gerai-gerai yang menjual pakaian, beg, kek lapis, cenderamata, makanan, mainan dan sebagainya yang menghidupkan lagi suasana pada malam hari.

gerai2 jualan di kawasan dataran waterfront

aneka jualan alat mainan 


air pancut dengan lampu LED


Saya try mango juice blend kat food truck di sini.  RM6 secawan.  rasanya sedap.  berbaloi lah.  so kalau sesiapa yang datang sini bolehlah rasa jus mangga ni.


nampak tu ada ice cream dan mangga kat bahagian atas cup.


untuk makluman, jambatan ini dibina untuk kegunaan pejalan kaki menyeberangi sungai sarawak ini.  kenderaan seperti basikal dan motosikal dilarang menggunakan jambatan ini.  so sebagai langkah pencegahan dan untuk menjamin keselamatan pejalan kaki di sini, besi penghalang diletakkan di laluan masuk di kedua-dua arah jambatan. Masa cuaca terang lupa nak ambil gambar.  nak balik baru teringat.  So gambar gelap pun boleh lah ye.

besi penghalang di letakkan di laluan masuk jambatan 

Saya sangat tertarik dengan pemandangan berwarna warni yang dihasilkan oleh lampu LED di jambatan ini.  saya kongsikan warna-warna yang sempat saya snap.  Lampu LED ini akan bertukar-tukar warna selang beberapa saat sahaja. 

warna hijau

warna merah

warna purple

sambil menikmati mango juice blend dan teh ais Pyorr kami anak beranak pun menuju ke jambatan semula untuk ke seberang.  sambil-sambil tu tangan saya snap lah gambar2 yang menarik di mata ini



anjung tinjau yang disinari warna biru

pemandangan waktu malam di bandaraya Kuching dari atas jambatan

ramai orang yang bersantai2 atas jambatan ini. siap duduk lagi

nak juga berposing dalam gelap. hihihi






Dalam perjalanan balik anak2 saya dah berkicau nak makan.  so saya singgah lah untuk makan.  Izah dan Wani makan mee kolok, makala Azim makan nasi ayam penyek bakar.  dan hidangan saya pula seperti di bawah.  hihihi.  biasa saya tak makan malam tapi takkan lah nak terconggok aje tengok diorang makan kan.  so ambillah ayam bakar ni sahaja tanpa nasi.

dinner saya

sekian entry saya.  wassalam.

Friday, 27 September 2019

Percutian singkat di sekitar Shah Alam dan Damansara

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Tajuk macam apa aje.  Sebenarnya tak di rancang pun.  Kebetulan kereta yang dibooking dah dapat.  so saya terpaksalah balik sekejap untuk uruskan.  Kereta tu bukan untuk saya pun tapi saya dan adik  pakat-pakat untuk jadikan hadiah birthday emak.    Dah alang-alang sampai tu singgah lah sekejap ke muzeum coklat tu.  bayaran masuk RM5 seorang.  kalau tak mahu masuk nak beli coklat aje pun boleh.  tapi sebab dah sampai, rugi pula tak masuk tengok.

Dalam muzium tu adalah di ceritakan sejarah penghasilan coklat.  jenis-jenis coklat yang ada dan senarai negara pengeluar coklat terbesar di dunia.

bahagian depan muzeum 

emak duduk berehat sekejap.

saya tertarik dengan model yang ditempatkan disini.  ada train yang membawa coklat bergerak di atas landasan dan akan melalui terowong dan disekitarnya yang berkonsepkan kediaman desa.

pemandangan desa

train yang bergerak membawa coklat 😋

inlah coklat kegemaran saya 

gambar PM dan isteri menggunakan coklat M&M


mesin mencairkan coklat

antara bentuk kreatif yang dihasilkan menggunakan coklat

kedai menjual coklat



lepas keluar dari muzeum tu waktu dah tengah hari.  so perut dah mula lapar.  So  kami lunch di Paramount Coffee house yang terletak di  Vista Alam, Shah Alam yang dimiliki oleh Ebit Liew.  




Askrim, epal dgn bijirin (tak ingat namanya)

spageti

waffle coklat dan topping ice cream

mak's chilli padi chicken
 personally cafe ni oklah.  Dekorasi ala-ala hipster dengan alunan muzik lembut menyenangkan hati saya.  Makanan yang kami pilih pun kena dengan tekak saya.  so secara keseluruhannya saya boleh bagi 4/5 markah.


sebelah petang tu saya ke kedai kek untuk membeli kek.  Sebenarnya birthday emak bulan depan.  kiranya kami sambut awal sebulan lah.  dah kebetulan saya balik.  so buatlah awal.

kek ice cream 

sebahagian ahli keluarga yang ada

inilah hadiah birthday untuk emak saya.  kongsi dengan adik saya.  Si biru yang cantik

keesokkan harinya saya pergi melawat anak buah saya yang belajar di Shah Alam.  kebetulan tempat belajar dia ada buat jualan.  So kami datanglah beramai-ramai untuk support dia.




malam tu sy pun terbang semula ke sarang di Borneo...

Sekian, catatan pendek untuk kenangan akan datang.  Wassalam

Friday, 13 September 2019

Kuching Marathon 2019

Assalamualaikum semua

tajuk entry macam gempak aje kan.  Tapi sebenarnya saya join half marathon (21 km) aje untuk event ni (je?? cungap wei nak habiskan 😅).  Larian sejauh 21 km ini adalah larian terjauh saya setakat ni. hohoho.  saja-saja cari pasal.

Sebenarnya saya register event ni tahun lepas lagi. Masa tu kaki masih sihat lagi so bersemangatlah nak try.  tup-tup hujung bulan Mac ni saya injured.  Lutut bengkak dan terpaksa menjalani rawatan pembedahan Arthroscopy. 3 bulan juga lah saya berehat.  sangkut ramadhan dan raya.  so tak terasa sangatlah rehatnya.  cuma masa solat tarawih tu masih perlu bantuan kerusi lagi.


walaupun sakit muka mesti senyum 

CD sepanjang proses pembedahan.
lepas habis raya saya mula aktif balik.  knee guard benda wajib pakai untuk elakkan lutut kanan saya cedera lagi. Syukur urusan saya dipermudahkan dan saya berjaya mencapai misi menawan puncak Gunung Fansipan pada Julai 2019.  Selepas Gunung Fansipan misi seterusnya adalah Kuching Marathon 2019.  So training lah saya untuk itu...


Kuching Marathon merupakan acara marathon bertaraf antarabangsa yang telah dianjurkan bermula pada 17 Ogos 2014. Peserta boleh memilih untuk join mengikut kategori yang disediakan iaitu Full marathon (42 km), Half marathon (21 km), 10 km dan fun run 5 km.  tahun lepas saya join 5 km aje dan replace kawan yang pregnant.

berdebar pulak rasanya
 Race pack saya ambil hari Jumaat.  mujurlah saya ambil awal sebab hari Sabtu berpusu-pusu orang datang untuk ambil racepack.  dalam race pack ni ada diberikan nombor bib yang ada timing cip sekali, t shirt event, dan cenderahati daripada penaja.

anak beranak join 😅
 Selain saya anak-anak saya juga join 5 km fun run.  Selalu Azim jadi ghost runner aje tp kali ni saya register semua sebab KM ni ada diberikan e-certificate sebaik sahaja selesai event.  boleh lah simpan buat kenangan nanti.

Disebabkan jarak larian yang berbeza, maknanya waktu flag of tak sama.  saya akan mula berlari jam 4 pagi manakala anak-anak saya akan start berlari jam 6.30 pagi.  Jauh juga beza masanya.  So saya ambil keputusan untuk menginap di hotel yang berdekatan  tapi semuanya fully book. 😇.  yang paling dekat Grand Continental.  sebab anak-anak nak mandi pool saya ambil lah hotel tu.  lagipun harganya ok.  jarak dari Hotel ke Padang merdeka lebih kurang 1 km.  ok lah tu.

Masa hari sabtu tu saya dan anak2 konon2 nak join Super Rat Race.  tapi lambar sampai pulak.  udahnya kami lepak-lepak aje kat situ sambil bergambar.  lari pun 1 km aje kot merentasi jambatan Darul Hana.  Bukan lari sangat pun.  lebih pada berjalan.

free aje untuk sesiapa yang nak join


bergambar dengan batman
 lepas lepak-lepas, pergi makan dan apa-apa aje, kami pun check in hotel.  Anak-anak saya dah tak sabar nak berenang.  so lepas check in terus aje terjun kolam..


masing-masing jadi dugong
 kolam renang hotel ni mempunyai kedalaman 4 m - 5.5 m.  so ianya tidak sesuai untuk kanak-kanak yang bawah 12 tahun dan tak pandai berenang.

Malam tu kami tidur awal sebab nak kena bangun awal pulak.  kalau terlajak tak ke nanya...

Jam 3 kami sekeluarga bangun, breakfast dll.  Sebab jauh saya akan berjalan sekali dengan anak2 dengan membawa sleeping bag utk diorang tidur sementara menunggu waktu flag of diorang.

Cabaran bermula sebaik sahaja kami nak mula berjalan dari hotel ke Padang merdeka.  baru 100 m hujan turun dengan lebatnya.  saya terpaksa minta Azim patah balik untuk mengambil payung dalam kereta.   lepas tu kami terus berjalan perlahan-lahan.  masa ni dah terlintas dalam hati.  nak kena berlari dalam hujan ke hari ni. adoiii... dah lah first time nak lari 21 km.

Kebetulan saya melintasi 7 eleven.  terus saya masuk kedai tu untuk membeli 4 pasang baju hujan.  masa saya sampai tu larian untuk 21 km dah nak mula.  Berdiri sekejap, larian pun bermula.  dalam keadaan saya tak sempat warming up terus berlari. hohoho.   nasiblah berlari dalam keadaan hujan lebat betul. 11 km pertama saya masih ok agi.  masuk km ke 12 perut saya meragam pulak.  dalam hati apa pula yang saya makan sampai perut meragam.  Jarang perut saya meragam kecuali salah makan. So disebabkan tak tahan dalam km ke 15 kot saya berhenti dan masuk toilet yang disediakan.  dalam toilet tu x ada lampu tp disediakan air untuk mencuci.  so lampu sy berpandukan lampu hp.  lega terus perut saya dan saya boleh menyambung larian yang tergendala tadi.  Masa ni Pace memang ke laut china selatan.  tak peduli sangat dah.  dalam 3 km terakhir jari kaki kiri saya dah mula sakit.  Blister pulak kat tempat biasa.  uwaaaaa... terpaksa stop lagi kat medic untuk minta handyplas.  lama juga nak tunggu sedangkan masa berjalan.  bertabahlah.  lepas tu try run lagi sedaya upaya sebab nak kejar COT yang semakin dekat.  terserempak dengan seorang runner yang injured.  mungkin cramp.

Dan akhirnya sampai juga saya ke garisan penamat setelah berdepan dengan penuh drama swasta.  Syukur alhandullilah.

 

tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan saya di saat ini.  Dapat terus sarung baju biru tu... horeyyyy

bergambar anak beranak

4 medal anak beranak

bergambar dengan geng hiking dan run yang turut mengambil bahagian dalam KM 2019 ini


Syukur walaupun tak cukup tranning saya berjaya juga habiskan larian dalam tempoh masa yang ditetapkan.  dapatlah medal dan finisher T yang diimpikan.

Next saya dah register 21 km lagi pada hujung bulan Oktober ni.  semoga dipermudahkan segalanya.

sekian, wassalam...


Thursday, 12 September 2019

Cendawan Enoki goreng rangup

assalamualaikum semua

Entry kali ini saya nak kongsikan cara membuat cendawan goreng yang rangup.  Cendawan yang digunakan adalah cendawan enoki yang bentuknya kurus-kurus tapi panjang.  kalau tak kenal juga boleh tengok gambar di bawah ni.  kalau tak dapat bayangkan juga,  hantuk kepala kat dinding ajelah. dah tunjuk gambar pun tak faham juga... tak dapek den nak nolong dah..

cendawan enoki dalam paket
bahan-bahan

1 paket cendawan enoki
tepung serbaguna (ikut sukalah nak guna jenama adabi ke, bestari ke, ikut tekak)
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

cendawan enoki dibuang akarnya, leraikan dan dicuci bersih.  kemudian toskan sebentar untuk buang air.  ambil dalam 2@3 sudu tepung dan taburkan cendawan tadi.  gaul2 rata.

Sementara itu panaskan minyak masak.  pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.

ambil sesudu cendawan dan gorenglah macam goreng cengkodok tu.  paling bagus buat nipis-nipis untuk menghasilkan gorengan yang rangup.

angkat dan sedia untuk dihidangkan.

sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili.

cendawan yang telah diletak tepung serbaguna

goreng hingga rangup. nampak latarbelakang gelap sebab goreng waktu malam.  pencahayaan kurang 

hasilnya.  Rangup krup krap.  sekejap aje licin

cendawan enoki ini hasilnya lebih rangup daripada cedawan yang lain.  anak-anak saya suka sebab ianya rangup dan mudah disediakan.  selamat mencuba..😄

sekian untuk perkongsian resepi mudah ni.  wassalam