Entry kali ini saya nak cerita pasal dekorasi terkini bilik air pulak ye..
ini tempat paling penting tau.
ini merupakan ruang rasmi kita tiap2 pagi dan petang.
oleh itu kita kenalah pastikan tandas kita berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk digunakan.
lagi satu kalau tetamu datang dan nak tumpang tandas, tak adalah kita terpaksa menebalkan muka kalau terlampau kotor sangat.
nampak sangat pengotornya...
okey lah.. jom skodeng gambar2 yang sempat disnap selepas selesai membersihkan rumah hujung minggu lepas...
yang ini pulak bilik air ke dua yang ada sebelah belakang. Bilik air ini kami jarang guna sebab pemanas airnya rosak. tapi still kena maintain jugak sebab ini lah yang akan digunakan oleh tetamu kalau diorg dtg rumah. oleh itu deco2 perlu jugak.
saya tampal stiker aje kat pintu tu. doa masuk tandas pun saya tampal. konon2 nak mendidik anak2 lah. ruang antara toilet dan mandian pun saya letak curtain.
Niat saya nak kasi ceria sikit kat ruang bilik air ni. so adalah saya tampal pelekat kat atas flush cistern tu dan sy tukar pelapik tandas. lantai tu saya belikan pelapik biru di ruang toilet aje. ayat 'remember to flush' saya tampal kat situ jugak.
gambar yang last ini adalah ruang mencuci muka, cuci tangan sebelum makan dan sebagainya. saya memang suruh anak2 berus gigi kat ruang ini tapi jarang pun diorg gunakan. diorg lebih suka memberus gigi di dalam bilik air. cermin yang ada tu sebenarnya saya letak aje kat situ. perancangannya saya nak gantung tapi disebabkan penyangkut pada cermin tu cuma disertakan untuk pemasangan memanjang, terpaksalah saya biarkan dulu. entah bilalah saya nak beli penyangkut tu. asyik lupa aje. kesudahannya masih berada macam tu jugak...
sekian, entry pasal bilik air saya untuk kali ini.
wassalam...
No comments:
Post a Comment