hari ini saya nak kongsikan sedikit tip yang diperolehi hasil daripada pembacaan dan carian dalam google.
idea dekorasi rumah anda seelok-eloknya adalah kehendak sendiri. rumah kita adalah ruang peribadi kita. kita boleh dapatkan pendapat orang lain tapi jangan sampai orang lain yang tentukan apa yang perlu dibuat dalam rumah kita. dikuatiri idea yang diberikan itu tidak serasi dengan jiwa kita.
elakkan mengecat dahulu
ada sesetengah orang terutama yang baru dapat kunci begitu teruja untuk mengecat rumah terlebih dahulu. konon2 senang sebab belum ada perabut lagi. tapi masalah akan timbul bila perabut yang dibeli itu tidak sesuai dengan warna dinding. akibatnya kita terpaksa menukar warna cat. sebaik-baiknya pilih perabut, permaidani dan langsir terlebih dahulu baru tentukan warna dinding yang ingin dicat atau dipasang kertas dinding.
jangan abaikan psikologi warna
setiap orang ada warna yang sesuai dengan jiwa masing-masing. elakkan terlalu mengikut trend semasa hingga mengabaikan kesesuaian warna tersebut dengan diri. perlu diingatkan warna dinding akan mempengaruhi emosi kita. kalau anda seorang yang mudah marah elakkan warna2 yang panas yang memberi kesan kepada jiwa anda. bagi yang sedang berdiet pula elakkan warna yang ceria yang boleh membangkitkan selera anda di ruang makan. sebaik2 nya pilih warna-warna alam seperti coklat, hijau dan biru untuk ruang tamu dan bilik kerana ia akan memberikan aura nyaman dan selesa sebaik sahaja anda melangkah kaki masuk ke dalam rumah sesudah penat bekerja. untuk ruang permainan atau ruang keluarga bolehlah memilih rona warna-warna terang kerana ia lebih serasi dipadankan dan menepati keperluan dan aktiviti di ruang tersebut.
elakkan memilih warna dalam kedai
sebaik-baiknya dapatkan contoh fabrik, kemasan dinding, atau cat untuk dibawa pulang. dengan cara ini kita dapat lihat kesan perbezaan warnanya dalam cahaya semulajadi dan dibawah sinaran lampu di rumah anda.
elakkan memilih cat dari kertas contoh
cara yang sebaiknya adlah membeli setin kecil cat warna pilihan untuk dicuba di rumah. cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu pada persekitaran semulajadi. boleh juga sapukan pada kadboard dan acukan pada dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.
elakkan dekorasi paksa
elakkan memaksa menyatukan perhiasan yang ada di rumah anda. jangan kerana anda telah tersalah membeli perabut menjadikan anda memaksa untuk memilih langsir yang sama warna dengan perabut tersebut. anda boleh buat pilihan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama yang ada dalam ruang tersebut.
jangan abaikan titik fokal ruang (feature wall)
perlu diingatkan bukan semua ruang perlu mempunyai titik fokal. tapi sekiranya ada ia perlulah menyerlah. susun perabut dan perhiasan yang ada dengan memberikan tumpuan kepada unsur utama ini.
elakkan perabut disusun rapat ke dinding
selain daripada memudahkan aktiviti mengemas rumah, ia juga dapat memberikan keselesaan kepada tetamu yang berkunjung untuk berbual dengan anda.
elakkan membina sekatan
sebaiknya elakkan meletakkan kerusi atau meja dilaluan utama kerana ia akan mengganggu kelancaran laluan. dekorasi yang dibuat perlulah mengambilkira aspek keselamatan penghuni.
jangan beli kerana murah
ramai yang tersilap melalukan dekorasi akibat terpesona dengan tawaran yang murah. pastikan perhiasan yang dibeli itu bersesuaian dengan konsep kediaman anda. teliti juga mutu pembuatan, rekaan dan sebagainya semasa memilih perhiasan.
No comments:
Post a Comment