Saya nak sambung lagi cerita percutian di Langkawi 2015.
25 Disember 2015
untuk hari ini masing2 bangun dengan segarnya. semua eksited nak jalan2. Perancangan untuk hari ini adalah untuk melawat Wildlife Park dan bawa anak2 mandi manda di Telaga Tujuh.
sebiji kereta yang saya booking akan dapat tengahari. maknanya perjalanan untuk pagi ini masih lagi dalam keadaan tin sardin lah... (9 dewasa dan 6 kanak2 berhimpit dalam 1 kereta avanza tu..)
selepas bersarapan dengan homemade nasi goreng (nak berjimat kan, kena lah masak) kami terus bergerak ke destinasi.
sempat welfie dulu sebelum masuk..
jom jenguk gambar yang sempat diambil di dalam Wildlife Park ini...
ular sawa ni diaorg letak aje atas meja. siap yang berani boleh pegang.
sebaik sahaja masuk dalam kawasan burung, ada pekerja kat situ letakkan makanan burung atas tapak tangan. seronok saya tengok burung2 comel ni makan atas tapak tangan kita...
Wani dan Azim memang suka binatang. kat sini arnah diorang biarkan bebas. apa lagi, budak2 ni belai lah arnab ni macam belai kucing...
aktiviti catch and release. tapi budak2 ni tak berjaya pun tangkap ikan tu.. liar betul ikan tu..
sempat juga diorang naik keldai. percuma aje. kalau tempat lain biasanya akan dikenakan charge..
telur burung unta yang kandungan isinya adalah lebih kurang 12 biji telur ayam.. telur ni keras. saya diberikan kesempatan untuk memijak telur ini.. risau juga kalau telur ni pecah.. mahunya kaki saya penuh dengan telur.. hahaha.
dalam jam 12 tengahari pemilik kereta sewa tu call saya memberitahu kereta dah boleh diambil. oleh kerana hari Jumaat saya ada pilihan untuk ambil sebelum jam 1 tgh atau jam 3 ptg. (maknanya sebelum atau selepas solat Jumaat). Disebabkan sebelah petang memang ada program lain yang telah dirancang dan tak mahu membazir masa, lepas dapat call saya dan adik lelaki saya terus keluar dari wildlife centre tu untuk ambil kereta tersebut. lepas dapat kereta... fuhh lega. kurang sikit kesardinannya..
kami balik semula ke homestay untuk makan tghri (makanan utk tgh ini pagi2 saya dah siapkan) dan solat. selepas tu kami terus bergerak ke Telaga Tujuh pulak..
nak sampai ke kawasan air terjun agak jauh rasanya sebab terpaksa mendaki. sesiapa yang bawa makanan kena berhati2 sebab ada banyak monyet yang berkeliaran. Wani punya gula2 kena ambil dengan monyet tu. menjerit dia ketakutan.
biasanya kalau pergi air terjun airnya mesti sejuk. tapi air terjun ni tak sejuk sangat airnya. mungkin sebab cuaca panas. emak saya pun ikut mandi juga.. kita orang adik beradik pun tak sangka. biasanya emak saya tak mahu mandi kalau diajak ke pantau atau pun air terjun.. bila saya tegur emak saya ckp dtg jauh2 mestilah nak merasa mandi kat air terjun ni.. hihihi.. iya lah mak...
dalam perjalanan balik kami singgah sebentar di Datai Bay untuk menikmati pemandangan di waktu senja...
wassalam.
related article
Langkawi part 1
No comments:
Post a Comment