Monday, 17 July 2017

Rawatan LASIK di Optimax kali pertama

assalamualaikum semua

kalau u'll perasan dlm gambar yang dipost dalam blog ini, kadang2 sy pakai spek, kadang2 x pakai kan.  sebenarnya saya memang rabun jauh.  masalh ini sejak dari saya umur 12 tahun lagi.  tapi start pakai spek sepenuhnya masa umur 16 taun.  sebelum tu memang blur aje lah pandangan mata ini.

lepas lama pakai spek, saya teringin pulak nak pakai contact lens sebab saya jenis aktif.  sebenarnya dah hampir 10 tahun juga lah saya menggunakan contact lens ini.  masalah contact lens ini adalah penjagaannya.  sepatutnya pakai x lebih 12 jam, tapi kadang2 terlajak juga.  itu yang bahaya.  lebih2 lagi sekarang ni viral pulak pasal kesan2 negatif pasal penggunaan contact lens yang menakutkan saya.  udahnya saya berusahalah mencari rawatan mata alternatif disebabkan saya tak suka pakai spek.

tengah godek2 FB tetiba nampak iklan LASIK daripada optimax.  saya pun call dan buat appointment.  2 minggu saya terpaksa melupakan contact lens sebelum boleh buat eye test.

eye test ini macam yang kita selalu buat kat kedai spek tu.  tapi byk lagilah prosedur yang saya kena buat.

mula2 check power mata kita.  masa ni kena pastikan yang kita memang reti membaca ye.  semua huruf dan nombor kena faham ye. kalau tak memang fail lah.

lepas tu ujian silau dan warna dijalankan.  ada dua caya lampu yang ada huruf.  sebelah kiri warna merah dan sebelah kanan warna hijau.  dia akan buat sampai kita tengok kedua2 belah itu nampak sama.

lepas tu check ketebalan kornea mata pulak.   berpinar2 rasa mata bila dihujani dengan cahaya berwarna merah.  redha aje lah ye.

lepas tu mata saya dititiskan sejenis cecair.  menurut katanya adalah bertujuan untuk mengembangkan mata saya untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.  kemudian prosedur diatas saya ulangi lagi..

bila dah selesai, saya diberikan sesi konsultansi.  iaitu jenis2 rawatan mata yang ada di situ dan kesesuaiannya dengan mata saya.  nasib baiklah mata saya jenis normal.  akanya saya boleh memilih mana2 rawatan yang ada. of course lah saya ambil yang palinggggg murah.  sebelah mata RM2988.  so utnuk kedua2 belah mata RM5979 + RM120 eye check.

dah selesai saya buat bayaran RM120 shj (sebab kwn bagi boucer RM120) dan deposit RM500 untuk rawatan minggu depan.

masa balik, mata dah mula silau.  nasib baik bw spek.  so saya masih boleh memandu lah  tapi saya telah diingatkan untuk membawa kawan semasa proses lasik nanti kerana saya tidak lagi boleh memandu selepas rawatan tersebut.


nanti saya up date lagi perkembangan rawatan LASIK saya ye.

sekian, wassalam

like