entah macam mana dalam kesibukan tugasan, sempat juga saya selitkan diri join hiking ke Gunung Santubong anjuran Pertubuhan Nadi sihat dan Kelab Kembara Anak Sarawak.
mencatat sejarah dalam hidup saya hiking Gunung Santubong dua kali setahun. Bulan Jun sekali sblm puasa yang lepaas dan Bulan Julai sekali masa org masih lagi mood raya.
trip kali ini berbeza sebab dapat T shirt free. itu yang bersemangat nak panjat lagi.
selepas taklimat, kami bergambar dulu sebagai kenang-kenangan. selepas itu kami diberikan T shirt dan dipakai terus sebelum mula mendaki.
ni bahagian belakang t shirt. yang bahagian depan lupa nak snap pulak. difahamkan program ini adalah sempena sukan SEA ke 29 yang akan diadakan di Kuala Lumpur yang bermula pada 19 Ogos 2017.
kali ini view tak berapa terang. puncak diselubungi kabus. gambar di bawah ini lah pemandangan yang paling terang sepanjang kami berada di sini.
masa saya sampai ni group pertama ni dah nak turun. sempat lah saya bergambar kenangan sebelum mereka turun. masa ni saya tak mahu turun lagi sebab baru 10 minit sampai. so saya rehat2 lah dulu sementara menunggu group belakang saya sampai.
sempat saya snap gambar lumut2 yang tumbuh dipuncak Santubong ini.. tak banyak sangat lah lumutnya.
saya berehat2 di pondok kayu ni sambil makan makanan yang dibawa. atas puncak ni pokok tak banyak, jadi pondok ni memang sangat berjasa kepada kami.
masih dengan mood raya lagi. ini kuih kapit berintikan kacang tanah yang memang sedappp dimakan terutama sekali di puncak gunung...
sekian, wassalam
No comments:
Post a Comment