Monday, 31 July 2017

lasik di Optimax (hari kejadian)

assalamualaikum semua

sebelum ni saya ada berkongsi tentang rawasan laser mata di Optimax.  masa tu saya buat eye examination untuk tengok saya sesuai atau tak untuk membuat rawatan ini.  dan keputusannya, mata saya sesuai untuk membuat rawatan tersebut.  so saya proceed lah.

peringatan penting semasa hari rawatan

  • tidak dibenarkan memakai sebarang alat mekap
  • tidak dibenarkan memakai perfume
  • pastikan diri dalam keadaan bersih
larangan ini adalah untuk mengelakkan apa2 bahan chemical daripada memasuki ruang pembedahan.


so pada hari yang telah ditetapkan saya pun hadir untuk rawatan tersebut.  sebaik sahaja sampai saya ada tandatangan borang kebenaran dan diberikan beg ini.  dalam beg ini ada item penting yang perlu digunakan sebaik sahaja rawatan selesai.




kandungan dalam beg ini ialah:

1. Refresh plus 
ianya perlu dititiskan ke dalam mata setiap 2 jam kecuali semasa tidur.  kalau duduk dalam air cond dan rasa kering boleh titis kerap lagi.  ubat titisan mata ini perlu dititiskan ke dalam mata sehingga habis.

  


2.  Tobradex 
ini pula perlu dititiskan 4 kali sehari selama 1 minggu

 

 3. Eye shield 
Merupakan alat pelindung mata yang perlu dipasang pada mata semasa tidur dan perlu dipakai selama seminggu.  ia bertujuan untuk menghalang mata daripada cedera semasa tidur.  maklumlah masa tidur kadang2 kita tak sedar pun yang tangan mungkin tergosok mata.


4.  ubat penahan sakit.
ubat yang dimakan sekiranya perlu sahaja yang bertujuan untuk menahan kesakitan selepas rawatan.  tapi saya langsung tak makan ubat ini sebab sakit yang dirasakan selepas kesan ubat bius habis (selepas 4 jam) masih boleh diterima.  saya rasa sakitnya macam mata pedih semasa pakai contact lens aje.


5.  After care lasik leaflet
ini adalah penerangan mengenai penggunaan ubat yang diberikan dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan selepas rawatan.  Bertujuan sebagai rujukan dan panduan.



 


Sebenarnya semasa eye examination tu saya telah diberikan sesi kaunseling berkenaan prosedur rawatan yang ada di situ. Ada 3 pilihan rawatan yang boleh dibuat di Optimax cawangan ini.  masa sesi ini saya telah diberikan  pamplet ini.  di dalamnya diterangkan jenis2 rawatan mata yang ada di Optimax dan yang ada di cawangan Kuching.  



setelah sesi kaunseling diberikan, saya membuat keputusan untuk memilih rawatan Customised LASIK Tissue Saving yang merupakan kaedah rawatan yang paling murah yang ada di Optimax cawangan Kuching ini.  saya sertakan penerangan yang diberikan pada pampletnya.



sebelum masuk ke bilik tu, saya dipakaian dengan pakaian bilik bedah.  siap pakai sarung kepala dan srung kaki juga.  lepas tu assistant kat situ akan cuci bersih2 sekeliling mata kita dan akan titiskan cecair dalam mata kita.  lepas tu doktor akan tandakan dengan menggunakan pen marker pada mata. nampak macam pelik, tapi itulah kenyataannya.  lepas tu barulah masuk ke dalam bilik bedah.

Prosedurnya adalah seperti dalam pamplet dibawah  ini.  sebenarnya saya tak nampak apa pun masa prosedur tu.  saya hanya melihat pada lampu hijau yang berkelip2 dihadapan mata saya seperti mana yang diarahkan oleh doktor. prosedur ini dibuat sebelah mata dulu.  jadinya sebelah mata saya ditutup dengan plaster dan sebelah lagi dibuat operasi.  Yang saya perasan kelopak mata atas dan bawah diplaster untuk mengelakkan mata dari berkelip2.   lepas tu diletakkan alat macam cangkuk kot. lepas tu saya dah tak nampak apa masa tu.  hanya nampak imbasan cahaya warna oren kemerahan sahaja.  agaknya itulah yang orang buta nampak.  Syukur allah kurniakan penglihatan kepada saya. semasa proses laser dilakukan saya memang tahu sebab doktor tu bagitau saya.  bila laser nak buat, dia terus cakap "ok sekarang laser".  Masa tu kedengaran mesin berbunyi dan terbau hangit terbakar.  lepas selesai, sebelah mata, sambung sebelah lagi. Prosedur tu sekejap aje.  sebaik sahaja saya keluar dari bilik rawatan, mata saya sudah boleh melihat dengan lebih jelas. Buktinya tulisan pada pintu yang nampak kabur sebelum saya masuk bilik pembedahan dah boleh dibaca dengan jelas.    perlu diingatkan bahawa selepas sesi rawatan, anda tidak boleh drive sendiri kerana pada waktu ini keadaan mata masih sensitif terutama dengan cahaya.  oleh itu datang lah berteman ye.  pada masa ini juga kadar kesilauan mata kita terhadap cahaya amatlah tinggi.  saya langsung tak dapat membaca tulisan pada handphone.

Untuk makluman selepas 4 jam, kesan bius akan habis dan akan terasa sedikit pedih pada mata.  masa ni mata kita akan mengeluarkan air mata tanpa henti.  anggap aje lah sedang menangis akibat potong bawang.   diingatkan agar jangan menggosok mata.  cukuplah sekadar lap dengan menggunakan tisu sahaja di sekeliling mata.  berhati2 semasa mencuci muka terutama masa nak ambil wudhu.  lepas solat isyak saya terus pakai pelindung mata yang diberikan dan terus tidur.

keesokan harinya mata saya mula ok.  disebabkan rawatan saya dibuat pada sebelah petang, saya hanya mengambil MC untuk hari ke 2 dan ke 3 sahaja. 




Pada hari ke 2 saya perlu datang semula untuk menanggalkan contact lens yang dipasang.  Titis pada mata lagi dan lepas tu ujian mata dilakukan lagi.  masa ni saya dah mula dapat membaca dengan lebih baik. hihihi. gambar dibawah ni saya snap sebaik sahaja keluar dari situ pada hari ke2.




so boleh lah ucapkan selamat tinggal kepada contact lens dan speks yang jadi peneman saya selama ini.  jasamu tetap kukenang.  akan disimpan buat kenang-kenangan.  yang contact lens tu anak saya izah dah request nak ambil.  tapi saya suruh dia buat eye test dulu untuk tengok tahap kerabunan matanya. Spek tu pulak masih baru.  mungkin akan ditukar powernya dan diberikan kepada Izah.  nak simpan pun x guna juag. baik diberi kepada yang perlu.



nanti saya update perkembangan rawatan LASIK saya.  Saya akan kembali untuk pemeriksaan semula seminggu selepas operasi ini.

sekian, wassalam...

1 comment:

ain said...

refresh plus tu mcm mn nak guna?kena habiskan sebotol ke utk sehari?