Wednesday, 19 July 2017

Mendaki Gunung Pulut, Gerik Perak



assalamualaikum semua.

disebabkan  sebulan bercuti tanpa apa-apa aktiviti yang melibatkan fizikal yang banyak, seminggu raya terus bersemangat nak hiking.  walaupun mood raya masih ada, hiking tetap saya teruskan.  dah macam jadi satu ketagihan pulak nak masuk hutan menghirup udara segar.

kali ni saya join trip yang dianjurkan oleh Raihan yang saya dapat dari FB HACAM.

hiking kali ini bermula jam 4.00 pagi.  sebab kami nak kejar awan carpet.

untuk hiking dalam gelap ni headlamp mesti ada.  kalau tak memang teraba2 lah nak berjalan.
trip kali ini disertai seramai 40 orang hiker.  masing2 bersemangat nak mendaki sebab sebulan bercuti.

 



ini pemandangan pertama sebaik sahaja saya sampai ke puncak gunung ini.  masa ni keadaan masih gelap lagi.  alhamdulillah, memang rezeki kami dapat melihat awan carpet yang sangat cantik.  saya sangat takjub.  terasa betapa kerdilnya diri ini.  saya kongsikan pemandangan daripada detik pertama saya menjejakkan kaki ke puncak gunung ini, hingga bergerak turun.  memang cantik sangat.














yang ini saya snap dalam pukul 8 pagi.  masa ni awan dah nampak macam gula-gula kapas pulak.. cantik betul.





sambil tu lepak2 kat puncak gunung ni sambil makan bekalan yang dibawa.  memang nikmat sungguh rasanya bersarapan di puncak gunung..




saya tertarik dengan lumut yang tumbuh disekitar puncak gunung ini. tapi tak banyak lah.



kasut hiking yang banyak jasanya dengan saya.  antara kasut hiking saya yang sangat saya suka pakai sebab selesa dengan kaki saya.  dah namanya raya kan, kami beraya lah beramai2 di puncak gunung ini.  menikmati biskut semperit dan tart.

 


sebelum turun saya snap pemandangan pokok yang saya rasa cantik sangat di mata ini..




dalam jam 9.30 pagi, kami pun bergerak turun perlahan2.


inilah kenderaan yang membawa kami ke starting point.  masa nak mula pendakian tak dapat nak snap gambar sebab gelap.  kami naik lori sawit ni beramai2.  




terima kasih kepada Raihan dan Jebat untuk trip yang best ini...

Sekian, wassalam

No comments: