Friday, 28 July 2017

31th MIOMAC

assalamualaikum semua


kita biasa mendengar sukan olahraga untuk mereka yang berumur dibawah 30 tahun.  tetapi kita tak ambil peduli pun mereka2 yang melepasi umur tersebut.  sebenarnya memang wujud sukan yang dikhususkan untuk atlet yang telah bersara kerana gaya hidup sihat perlu diamalkan bukan pada usia muda sahaja, tetapi sepanjang hayat.  sebab tu ada moto 'sihat sepanjang hayat'.

kalau dulu, untuk golongan 35 tahun ke atas dipanggil golongan veteran.  tapi sekarang diubah menjadi 'master'.  saya merupakan mereka yang telah melepasi zon master.  Persatuan Olahraga Master Sarawak sebenarnya baru lagi ditubuhkan dan didaftarkan apda Mei 2017.

Sebenarnya negara kita memang mempunyai persatuan ini iaitu  Malaysia Masters Athletesc Association (MMAA) yang dahulu dikenali sebagai Malaysia Association of Veteran Athletes atau dalam bahasa Melayunya Persatuan Olahraga Master malaysia (POMM).  MMAA ditubuhkan pada 1984 atas inisiatif beberapa orang bekas atlet negara dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

beberapa buah negera di Malaysia telah menubuhkan persatuan master mereka.  antara negeri yang dah ada persatuan master ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Sukan 31th Malaysia International Open Master Atheletics Championships (MIOMAC) telah diadakan di Stadium Sarawak pada 22-23 Julai 2017.  Saya telah terlibat sebagai peserta bagi acara larian 800m wanita kategori 40-44 tahun mewakili Perstuan Olahraga Master Sarawak.


majlis penyerahan bendera dan baju telah diadakan pada 21 julai jam 8.00 mlm di Yayasan Sarawak. Saya mewakili Sarawak Master.  Ketua kontingen kami adalah jaguh pecut negara Watson Nyambek yang menerima bendera kejohanan pada malam tersebut.




ini pandangan belakang dan hadapan baju kejohanan tersebut beserta tag nama dan nombor bib yang akan saya gunakan untuk kejohanan nanti.

 

ini buku program yang saya dapat dan tag untuk atlet.  dalam buku program ini ada aturcara program dan senarai nama peserta yang mengikuti kejohanan ini.  nama-besr pun ada dalam buku ini.  terasa kerdil sangat.  masa ni saya berdebar2 sangat.  rasa nak tarik diri aje bila tengok senarai peserta pertandingan.  Pasukan yang terbesar adalah dari Negara India.  selain itu singapura, Brunei, Sri Langka, Indonesia, Hong Kong, Afrika Selatan, Uzbekistan, Nepal serta pasukan daripada negeri2 di Malaysia.  memang terasa semakin kecil diri ini tapi pada masa yang sama berbangga juga sebab berjaya masuk pertandingan peringkat Antarabangsa..

 

 Apa-apa pun selfie itu penting...  lebih-lebih lagi bila dapat bergambar bersama jaguh pecut negara Watson Nyambek dan pemenang pingat Emas 5 kali sukan Sea dari tahun 1991-2001 jaguh tukul besi Wong Tee Kue






seperti biasa, acara perasmian dimulakan dengan perbarisan semua peserta-peserta.  perbarisan dibuat pada jam 2.30 ptg.  memang panas lit-lit lah.. nasib baik mata saya dah ok sikit daripada silau matahari..





upacara ikrar  oleh Watson Nyambek



pasukan Sarawak Master berjaya mendapat pasukan perbarisan terbaik..








dinner rasmi diadakan apda malam 22 Julai di Grand Magerita, Kuching.  Saya duduk bersama Team Negeri Sembilan..









acara yang saya sertai adalah pada hari ke2.  bergambar dulu sebelum acara saya.  masa ni berdebar2 sangat.  Ramai betul wakil dari negara India.  dan saya lah yang paling kementot.  getar lutut.




walaupun tak berjaya dapat top 3 tapi rasa sangat seronok berada dalam kelompok lagenda tanah air. saya dapat sijil penyertaan tanda penghargaan. 

 


Di bawah inilah keputusan pertandingan untuk kejohan sepanjang 2 hari ini.  walaupun saya gagal meraih sebarang pingat, tapi saya tetap berbangga kerana pasukan yang saya wakili  iaitu Sarawak Master berjaya mendapat tempat ke 3 keseluruhan dengan berjaya memperolehi 22 pingat emas.   Tahun depan Pulau Pinang pula akan menjadi tuan rumah.  kalau diberikan keizinan mungkin saya akan menyertai kejohanan tersebut.



sekian, coretan saya kali ini.  Diusia 4 siri ni kesihatan perlu dijaga dengan sebaiknya.  pemilihan makanan dan workout perlu dibuat untuk mencegah berbagai2 penyakit. Insha Allah... kalau boleh memang nak 'sihat sepanjang hayat'.

No comments: