assalamualaikum semua
untuk pengetahuan u'll pokok buah mulberry ni kalau nak dapatkan hasil yang lebat, kita kena rajin cantas. barulah buahnya akan keluar dengan lebat. kebetulan pucuk mulberry di rumah saya memang tengah banyak sebab baru lepas cantas. hari ni saya nak kongsikan masakan yang saya suka makan.
resipi Pucuk Mulberry masak lemak
bahan-bahan
1 ikat pucuk mulberry
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukupnya
1 inci kunyit hidup
4 tangkai cili padi (boleh letak lebih kalau nak lagi pedas)
santan kelapa secukupnya. saya guna 1/2 kotak santan brand kara.
caranya
1. rebus pucuk mulberry untuk menghilangkan getahnya selama 5 minit. buang airnya
2. tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi. saya guna lesung batu untuk dapatkan rasa yang lebih sedap sebab kalau kisar terlalu halus.
3. masukkan air ke dalam periuk yang ada pucuk mulberry yang telah direbus tadi masukkan bahan2 tumbuk. biarkan mendidih dan masukkan santan kotak. kacau sebentar.
4. matikan api dan masukkan garam secukup rasa. sedia untuk dihidangkan
pucuk mulberry tu kita buat macam ni. ambil daun dan pucuknnya yang muda sahaja. yang batangnya buang kecuali mereka yang mempunyai tabiat suka makan batang sayur yang keras.
pucuk mulberry ni masa baru petik kita akan nampak getahnya. jadi saya rebus dulu dan buang airnya.
inilah rupanya masa dalam periuk setelah siap masak. masa ni dah boleh senduk dalam mangkuk untuk dimakan bersama nasi putih.
pucuk mulberry bersama ikan bawal putih goreng dan pencuci mulut buah rock watermelon untuk hidangan tengahari. Simple aje tapi memang menyelerakan. habis nasi seperiuk (sila abaikan diet. cheat day kononnya)
inilah pokok mulberry yang ditanam di halaman rumah saya. pokok ini berusia lebih kurang 4 tahun.
sekian perkongsian resipi saya kali ini. wassalam...
3 comments:
Terima kasih byk atas perkongsian resipi ini. Saya nak cuba buat hari ini insya Allah 😊
Rasa dia macam mana ye??macam pucuk ubi ke??
Saya akan cuba.. Td suami cantas pokok mulberry dan hmpir nk buang pucuknya.. Terjerit2 saya mtk dia simpankan.. Nak cuba masak lemak atau goreng celup tepung.. Xthu lg.. Hehehe
Post a Comment