assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
Sebenarnya ini trip bulan Mac yang lepas tapi disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan dan ditambah dengan kesibukan yang melampau lambat lah up datenya. nak buka blog sendiri pun tak sempat.
Trip ini dirancang dari tahun lepas lagi dan agak ramai jugalah pesertanya. Disebabkan itu, maka kesemua peserta menaiki penerbangan turun ke Miri sebelum menaiki van untuk ke Lawas melalui Brunei. sekiranya tak ramai anda ada pilihan untuk terus turun ke Bekalalan menaiki pesawat twin otter Maswings.
Hari pertama (kuching - Miri - Lawas)
|
muka ceria masing-masing |
|
bergambar di depan airport Miri |
Sebaik sahaja bertemu di airport Miri pada sebelah pagi tu, kami terus menaiki van yang disediakan menuju ke Lawas melalui Brunei. Semua peserta mestilah memiliki pasport antarabangsa sebab perlu melalui pemeriksaan imigresen di sempadan.
kami sampai homestay jam 5 petang. waktu ini kami diberikan kebebasan untuk santai2 dan membeli barang-barang keperluan terutama air minuman dan makanan. untuk makluman trip kali ini kami perlu memasak sendiri mengikut kumpulan yang telah diagihkan awal-awal.
|
kedai shopping barang makanan |
|
snap sekeping gambar kat sini.. hihihi |
Pada sebelah malamnya ada taklimat dan sedikit perbincangan untuk perjalanan keesokkan harinya. Selepas itu masing-masing berehat dan tidur.
|
santai-santai di waktu malam selepas briefing |
Hari kedua (Lawas - Lepo Bungo - Church Camp)
Pagi-pagi lagi masing-masing dah bersiap sedia. beg yang ingin ditinggal diasingkan di satu tempat manakala beg yang akan dibawa disusun ke dalam 4WD.
|
sesi loading barang |
|
bergambar dulu sebelum bergerak |
|
muka ceria sebelum dipewaikan |
setelah selesai, kenderaan 4WD pun bergerak membawa sekumpulan peserta yang tak serik2 cari pasal memanjat gunung. Anggaran masa lebih kurang jam 8.00 tayar pun bergolek. Perjalanan dari Lawas ke Lepo Bungo sejauh 3.4 km ini mengambil masa lebih kurang 4 jam termasuk berhenti lunch, bergambar dan lain2.
perjalanan dimulai dengan jalan tar yang cantik selama 1 jam sebelum memasuki jalan off road yang berdebu. Saya 4 sekawan menaiki 4WD yang sarat dengan beg pada bahagian belakangnya. jadi kami tak kena lah habuk... hihihi (mengelat)
|
sesak nafas tengok debu-debu ni |
|
tabahlah menempuh habuk ye kawan-kawan. |
dalam perjalanan, kami berehat sebentar di pondok yang disediakan sambil menikmati lunch.
|
inilah menu lunch kami. |
|
inilah pondok tempat kami lunch |
disebabkan kami hanya berempat sahaja tak termasuk driver, sekejap2 kami berhenti bergambar. sabar aje driver kami melayan kerenah kami berempat. sporting dia. waktu ni 4DW yang lain dah meninggalkan kami dibelakang. layan...
|
happy bila dah sampai. inilah geng se4WD saya |
|
kat sini pun nak bergambar juga |
|
akhirnya setelah berhabuk dan bermain roller coaster dalam 4WD kami pun sampai.. |
|
starting point |
|
sesi mengemas dan warming up serta sedikit briefing daripada guide |
|
mula hiking terus jumpa best friend 😅 |
|
memang sungguh sukacita kami di sini |
|
persimpangan. kami melalui laluan kiri dahulu |
|
inilah persimpangan batu Linanit. |
|
hati-hati licin tu |
|
laluan berjaring |
|
walaupun keletihan, senyum tu wajib... |
|
sampai pun ke church camp. horeyyy |
|
gembira sebab dah sampai |
akhirnya jam 6 petang saya pun sampailah ke church camp. lega dan saya tergesa-gesa solat jamak zohor asar memandangkan waktu dah nak maghrib.
setelah berehat menghilangkan lelah, aktiviti memasak pun bermula. entah kenapa makanan yang dimasak tu luar biasa sedapnya. hahaha...
|
mestin lagend ni. |
|
aktiviti memasak |
pada sebelah malamnya ya ampun.. teramatlah sejuk. sleeping bag yang dibawa tak mencukupi. saya selubung lagi dengan telekung (saya pakai dalam sleeping bag lah. tak pasal2 ada orang histeria pulak tengok saya berselubung putih nanti) dan pakai baju 2 lapis. dia punya sejuk sampai ke tulang. masing-masing tak dapat tidur. Terasa malam yang sungguh panjang
Hari ketiga (Church camp - Mount Murud Summit - Church Camp)
Pagi-pagi dengan mata panda sebab tak cukup tidur, masing-masing menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke summit. Pagi yang ceria dan penuh dengan keterujaan.
|
pemandangan awan karpet yang cantik di waktu pagi |
|
briefing dan bacaan doa |
|
berehat sebentar menikmati keindahan alam |
|
Kumpulan pertama yang sampai puncak.. ehh 😆 |
lebih kurang jam 10 pagi saya pun sampai. sementara menunggu yang lain saya berehat, dan makan bekalan yang dibawa. kebetulan group makan saya semua dah sampai. Sebaik sahaja signboard sampai aktiviti pun bermula.
|
misi memacak signboard bermula |
memandangkan dah sampai waktu, saya dan beberapa yang lain menyelesaikan tuntutan ilahi sementara yang lain menyelesaikan tugas memacak tersebut.
|
muka-muka happysetelah berjaya selesaikan misi |
|
tak lepaskan peluang gambo solo |
saya bergerak perlahan semasa perjalanan pulang ke church camp sebab nak menikmati keindahan alam semula jadi semasa perjalanan pulang.
|
mossy forest yang sangat cantik. ada nampak 'sesuatu' tak di belakang tu? |
|
mossy forest lagi. jangan jemu ye |
dalam jam 6 saya sampai semula ke Church Camp. waktu ni lutut saya terasa semakin sakit. saya terpaksa solat duduk.
|
pemandangan waktu senja di curch camp |
Sama seperti malam tadi, malam kedua yang sangat sejuk pun bermula di sini. Sebahagian daripada peserta tidur berhampiran dengan unggun api yang di sediakan.
Hari keempat (Church Camp - Lepo Bungo - Yang Klawa )
Perjalanan balik saya amat mencabar kerana lutut saya injured. untuk perjalanan balik kami melalui laluan Batu linanit yang mana tempoh perjalanan + 30 minit. saya berjalan dengan laju meninggalkan peserta lain. waktu ni nak cepat-cepat sampai aje. betul lah bagai dikata. mental dan fizikal perlu kuat kalau nak hiking. mungkin disebabkan mental saya masih kuat walaupun injured saya dapat menghabiskan perjalanan pulang saya dengan pantas jauh meninggalkan peserta yang lain.
|
pemandangan sekitar church camp |
|
sekitar batu linanit |
|
berehat sebentar |
|
injured pun nak posing juga |
|
tumpang kereta orang nak bergambar... |
|
tengok kabus pun tahu betapa sejuknya di sini |
|
tempat bermalam |
|
inilah tempat penginapan saya malam ni... |
kami berlima berpakat2 dengan driver untuk ronda2 sekitar kawasan ini. Sementara yang lain-lain sibuk berkemas, memasak dan sebagainya kami menyelinap keluar... hihihi
|
rambutan ni seikan RM 2 sahaja |
|
macam tak pernah nampak kerbau pulak... |
|
carbo loading dulu |
|
nasi ayam penyek. nyum nyum |
|
laksa sarawak |
|
airport bakalalan |
|
senarai menu yang ada |
|
gambar kat depan kedai pun boleyyy |
saya sempat membeli dua jenis beras bario di sini untuk ole-oleh buat keluarga yagn ditinggalkan.
|
aneka jenis beras bario yang popular |
pada sebelah malam kami berkumpul untuk sesi perkongsian cerita dan bersantai-santai di depan unggun api. malam tu sejuk tapi sebab kami tidur di dalam chalet yang lengkap dengan kemudahan menjadikan tidur amat selesa dan lena di buat mimpi.
hari kelima (Yang Klawa - Lawas)
badan terasa segar memandangkan masing-masing dapat tidur dengan lena. setelah membersihkan diri dan bersiap-siap, kami pun bergerak.
|
suasana pagi yang berkabus |
Dalam perjalanan balik ke Lawas, kami diduga dengan kerosakan pada salah satu 4WD. berkali-kali juga lah kami terpaksa berhenti kerana enjin 4WD tersebut suhunya naik. perjalanan yang mengambil masa 4 jam menjadi panjang.
kami terpaksa singgah ke rumah driver untuk mengambil alat ganti untuk membaiki kenderaan tersebut. ibu driver tersebut ramah dan menghidangkan makanan untuk mengalas perut memandangkan waktu sudah tengahari. kami menjamu selesa sementara menunggu kereta dibaiki.
|
siput rebus |
|
sejenis kuih yang digoreng menggunakan tepung |
dan akhirnya perjalanan dapat diteruskan dengan lancar.... jam 3 petang barulah kami sampai ke Lawas dan tempat yang mula-mula diserbu adalah restauran makan memandangkan kami masih belum lunch. kelaparan
|
menu lunch saya |
malam tu kami bermalam lagi di homestay yang sama. Tak ada aktiviti yang dibuat memandangkan masing-masing keletihan menempuh 5 hari perjalanan yang mencabar mental dan fizikal.
Hari keenam (Lawas - Brunei - Miri - Kuching)
Waktu untuk ucapkan selamat tinggal kepada team yang meneruskan perjuangan mendaki Gunung Kinabalu sementara yang selebihnya kembali semula ke Miri sebelum ke destinasi masing-masing.
|
group ke Miri |
|
saki baki yang tinggal |
|
gigih berjalan semata-mata nak bergambar di sempadan Malaysi-Brunei ni |
Saya mengambil flight jam 10.30 malam menuju ke Kuching.
Berikut adalah ringkasan perjalanan mendaki Gunung Murud.
day 1
bertemu di airport Miri
menaiki van ke Lawas dri Miri Melalui Brunei (mesti ada passport antarabangsa)
check in homestay
day 2
perjalanan dari Lawas - Lepo Bungo menaiki 4WD
Lepo Bungo - church camp start hiking ( jam 12.30 pm)
bermalam di church camp
Day 3
7.00 am - 10.30 church camp - Gunung Murud summit
jam 6 pm sampai semula ke church camp
bermalam di church camp
day 4
church camp - Lepo Bungo
lepo bungo - Yang Klawa (homestay)
day 5
Yang Klawa - Lawas
bermalam di homestay
day 6
lawas-miri via brunei dengan Van
airport Miri - kuching flight jam 10.30 mlm
sekian entry panjang saya kali ini. walaupun dah basi saya up juga untuk kenangan anak cucu di masa akan datang.
Wassalam
1 comment:
Hi..
Boleh sy dapatkan contact utk uruskan pendakian gunung murud ni?
mungkin boleh kongsi juga kos2 untuk pendakian ini.tq
Post a Comment